بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah selama 4 tahun aku belajar di UPM mendatangkan hasil kejayaan. Pada 2 November 2015 tamatlah sebagai pelajar Bachelor Pertanian (Sains Ternakan). Terlalu banyak yang aku pelajari dan dapat sepanjang berada di UPM. 



Terima kasih kepada Ayah & Umi yang selama ini memberi sokongan terbesar dalam hidup aku. Terima kasih juga pada keluarga dengan sokong apa sahaja jalan yang aku pilih walaupun tidak sehebat kursus-kursus lain. Aku tahu makcik-makcik aku suka tengok anak saudara dia menjadi cikgu ataupun doktor, tetapi bukan untuk aku kerana berilah aku peluang untuk berbeza kerjaya hehe

Terima kasih UPM kerana menerima aku yang tak seberapa ini. Terima kasih Fakulti Pertanian kerana redha dengan aku yang tiada sumbangan. Terima kasih Jabatan Sains Haiwan kerana terus mengajar tanpa penat lelah. Pilihan kursus Sains Ternakan ini adalah pilihan kedua aku dalam sistem UPU. Masa dapat keputusan diterima, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku dapat kursus yang aku minat. Tak semua kawan-kawan aku berpeluang sebegini. Jadi, hargailah apa yang kita ada sekarang.

Terima kasih Kolej 15 kerana beri tempat tinggal yang selesa. Terima kasih pihak MTM K15 2012/2013 kerana memberi kepercayaan menggalas tanggungjawab dalam Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan. Terima kasih sebab memilih aku walaupun pada awalnya sekeras keras aku menolak tawaran itu... haha sampai ada orang atasan terasa hati dengan aku... haha ok mengimbau sangat!



Terima kasih AnSci sebab mula wujudnya bilik gerakan. Terima kasih AnSci6 sebab sabar dengan kerenah presiden yang ego dan kerek ini. Sebenarnya paling banyak punca aku sakit ni sebab AnSci6 ni lah haha...

Memori suka duka dugaan cabaran di UPM yang terbesar adalah datangnya dari AnSci6. Alhamdulillah jurang antara kita begitu kecil. Alhamdulillah berita-berita gembira mendirikan masjid semakin ramai dalam kalangan AnSci6.



Oh yee terima kasih jugak pada lembu, kambing, ayam, rusa dan kuda kat ladang UPM kerana memberi perkhidmatan kepada aku sebaik mungkin. *Walaupun mereka takde facebook*

Terima kasih pada pihak CP Broga Avian Farm dan Mawai Dairy Farm atas kesudian memberi pengalaman hidup yang sangat berharga. Dan warga UMK yang sama-sama menemani.



Tak lupa jugak untuk warga (pengajar dan rakan) Sekolah Kebangsaan Seri Perpat, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon dan Kolej Matrikulasi Melaka atas jasa dan hiburan anda.



Dalam dewan rasa sebak je dari awal sampai habis majlis. Aku kan hati tisu haha dan aku kena sentiasa berborak dengan dioarang supaya dapat menghilang kan perasaan itu, kalau dilayan habislah mata aku berair nanti.

Untuk hari konvokesyen aku, ramai insan yang mahu datang untuk sambut bersama aku tetapi banyak kekangan seperti anak ada peperiksaan, cikgu kena sekolah, jarak jauh dari rumah dan sebagainya. Alhamdulillah aku mempunyai insan seperti mereka. Tak dapat datang takpe asalkan kau beri ucapan doa dan cukup bermakna buat aku. Disebabkan ramai yang tak dapat turut serta pada hari kejadian, kitaorang sambut sebelum hari kejadian haha



Sebenarnya kitaorang banyak lagi photoshoot dengan classmates tapi malas pulak nak upload sini bebanyak haha. Gambar bawah ni antara kawan-kawan lain yang ada masa hari kejadian hehe







Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang kenikmatan sebegini dalam hidup aku. Lepas ni, dunia pekerjaan menanti. Bersedialah!!!!

date Thursday, November 5, 2015