بسم الله الرحمن الرحيم

Tolonglah jaga bumi kite ney,,,tu je la yang  mampu aku bersuara,,,,hehehe Taadi aku baca paper,,,terkejut aku Terumbu karang kat Malaysia akan mati....pehhh mane boleh jadi ney,,,Fenomena pemanasan global dikatakan semakin meluas hampir mencapai 90% terumbu karang tertekan dan akan mati....12 pulau di 3 negeri telah ditutup sementara,,,hmmm baru rancang nak g melancong,,,ececeh hyahaha... Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata "Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk  berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998....." So, sudah tiba masa Malaysia dan negara serantau mengambil langkah segera mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) bagi membendung masalah kelunturan batu karang semakin kritikal. Langkah ini jugak dapat mengurangkan pemanasan global.....

Info sedikit tentang.......

Pemanasan Global
  • Peningkatan suhu bumi akibat pelepasan gas rumah hijau (karbon dioksida)
  • Protokol Kyoto (1997) dirangka bertujuan menyelaraskan tindakan global baik negara atau syarikat multinasional untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi.
  • Ketika ini, kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera dianggarkan 370 ppm (bahagian per sejuta) berbanding 280 ppm pada pertengahan abad ke-19. Ia dijangka teruss meningkat kepada 550 ppm pada 2050 jika tiada tindakan drastik dilakukan.


Kelunturan Karang

  • Terbentuk akibat tekanan dalam terumbu karang yang melibatkan kegagalan hubungan simbiotik di antara karang dan alga unisel atau dikenali zooxanthellae.
  • Gejala kelunturan termasuk kehilangan warna secara beransur ansur apabila  zooxanthellae keluar dari tisu karang sehingga menyebabkan tulang karang berwarna putih.
  • Faktor tekanan akibat peningkatan suhu laut, keamatan cahaya yang tinggi, tahap kemasinan yang rendah dan bahan pencemar juga boleh memburukkan lagi kelunturan karang
  • Jika tekanan terlalu banyak atau terlalu lama, karang boleh mati.
Sumber : Kosmo


Antara pulau yang ditutup :

Pulau Payar (Pulau Pinang)


Pulau Lima (Terengganu)


Pulau Redang (Terengganu)
 

Pulau Tenggol (Terengganu)


Pulau Perhentian Besar (Terengganu)


 Pulau Rengis (Pahang)


Pulau Soyak (Pahang)

Pulau Tioman (Johor)

date Thursday, July 22, 2010

1 comments to “Tolonglah jage Bumi kite....”

  1. .f.n.a.
    July 22, 2010 at 10:41 PM

    hurmm..semakin takut melihat hari esok.....