بسم الله الرحمن الرحيم


Yeahhh, terasa lagi keseronokkan pergi lawatan dengan classmates haritu,,,hehe sebelum pergi, malam tu Geng Mirah,Fany,Azie dan member² yang lain buatkan sandwich untuk kitaorang,,,,hahaha dan juga Kopi Hazelnut yang sedap!!! huhu rajin bebeno budak perempuan ni nak bagi makan kat semua ahli classmates,,,hehehe Pagi jam 8.10 terus bertolak,,, dan Mirah pun start bagi² kan sandwich tu,,,hehehe huhu pastu bagi sikit kat driver,,, sharing tapi jangan citer la suasana dalam bas camne kan, agak penuh dengan makanan dan minuman,,,,hoho

Pelajar Lelaki harapan Dr.Zauyah ^^

Part Depan

Part Belakang

Bihun goreng dibawa dari rumah oleh Katang...

Jam 9.30 sampai ke destinasi Pantai Morib...kehkehkeh sepanjang dalam bas makan je,,,,hahaha sandwich pun banyak,,,, huhu not bad environment Pantai Morib tu...

Dr. memberi taklimat dan bagi masa untuk pergi merayap kat pantai sehingga pukul 10pg
Lepas tu, semua orang berkumpul dan pergi ke Pantai Kelanang berdekatan situ ? pergi ke tempat yang sepatutnya menganalisis tanah... berjalan kaki tapi takde la jauh mana...hehehe dalam 1km kowt...

Suasana ladang kelapa sawit berhampiran pantai

Tengok lelaki jadi buruh kasar, perempuan jadi bos,,,hehehe

Smart dak dak atas ni,,,,hehe

Tanah dikorek setiap 20cm,,, berbeza warna setiap level

Fany gentel tanah menganalisis tanah

Azie si penganalisis warna

Kumpulan terhebat,,,,haha ;p

thanks to my group members ;  Fany,Azie , Jijah dan Katang,,, semua beri kerjasama,,,hahaha walaupun aku agak blur² bab merasa tekstur tanah tu camne,,,haha warna pun same,,,kehkehkeh Tengah buat eksperimen ni,,, boleh plak Dr. ambik gamba candid kitaorang,,,,haha pastu tengah seronok dengan PakCik Din nye buat kelakar,,,haha tetiba Dr. tanya sape markah test dapat bawah 7/15,,,hahaha memang arhhh!!! memang spoil habis habisan hehehe
Destinasi seterusnya ke untuk menganalisis tanah di pantai plak...hehehe



Agak penat sebenarnya buat benda ni,,, hmmmm selepas siap, Dr. bagi peluang untuk enjoy lagi tapi pukul 12 mesti berkumpul depan bas.... kitaorang pun blah dari situ,,,hehehe dapat tengok race moto kecik

Ade budak kecik dalam 7-9 tahun dah berlumba,,, errr lau aku ntah berani ke tak naik benda alah kecik ni,,,hehehe

Singgah beli pisang goreng dan ABC!

Ramai-ramai lepak sini,,, makan pisang goreng je tapi yang lain aku paw orang,,,kahkahkah

OK, dah pukul 12, jom semua berkumpul,,, bagus dak² ni,,,hehehe dalam bas gelak tak habis²... main teka-teki yang sangat merepek,,, budak² nak dewasa memang camtu,,,hahaha fedup pun ade ntah apa² jawapan tak logik,,, -.-' pastu tetiba bas berhenti,,, rupa-rupanya ada lagi satu tempat perlu dianalisis tanah,,,! perhhh sumpah malas nak turun dah sebab tengah rilex dalam bas tadi,,, ingat katil kat bilik je tadi,,,,hehehe

Hehehe kat sini senang sikit kerja aku,,, dapat tanah yang sekejap je dah lembut jumpa air,,,  tak payah kuat sangat nak guna tenaga nak korek,,,,huhu

Macam biasa ini memang kerja Katang,,,,haha

Ambil tanah untuk dibawa ke makmal,,,, tanah organik

Hasil beberapa budak lelaki dan staff makmal, cangkul tanah untuk tatapan semua  pelajar,,,,heehe

Alhamdulillah habis dahh field trip kali ni,,,,huhuhu penat², cepat nak balik,,, tapi sebelum balik ada lagi,,,,hehehe nak jenjalan... sempat ke Wetland Putrajaya...

Depan tandas,,, semua memikirkan camna nak solat,,,

Naik menara yang limit hanya 20 orang setiap aras,,, errr tibai je

Tuu diaaaa nak jatuh sangat da ke,,,,haha

Kelihatan aku sedang memberi arahan kepada anak-anak murid ye,,,hehehe

Santai dahh,, penat melayan kerenah semua orang,,,hahaha
_________________________________________

Bersama Pelajar Nigerian, Fasuyan nama diberi,,,,hehehe

Alhamdulillah semua beri kerjasama,,,,hehehe best ²  trip first time bersama batch animal science 2011/2012 dan beberapa dak sains pertanian,,,, ^^ overall walaupun penat tapi still dapat mengukir kenangan dan pembalajaran yang efektif,,,cewahhhh hahahaha



date Friday, December 16, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas ambil tanah kat ladang minggu lepas, sudah masanya untuk kami menganalisis tanah dengan lebih terperinci. Kenapa tak terus buat je minggu lepas? Minggu lepas kan hujan,,,,huhu so kita kena keringkan dulu tanah tu sebab tanah tu bukan berasal dari tempat yang basah macam kat tepi tasik atau sungai.

Semangat kumpulan aku nak buat eksperimen ni tetiba Dr. Zauyah beritahu, tak boleh buat sebab tanah kami tak kering sepenuhnya,,, huhu tanah tu atas jagaan aku, maaf kawan kawan,,,hehehe tanah tu yang taknak kering,,,,huhu
Kali ni kumpulan kitaorang paling lasttttt sekali,,, perhhh sangat tak best,,,!

Ni kumpulan lain, buat jadi

Kene tumbuk tanah sampai halus, pastu tapis. Macam buat kuih tu, tepung kena tapis dulu daripada benda benda yang kasar dan tak diingini,,,huhu tapi kitaorang tak jadi sebab ada kandungan sedikit air dalam tanah, bila ditumbuk, jadi melekat, pastu susah dah nak tanggalkan, hahahaha

Timbang tanah tadi sebanyak 20gram
Pastu jadikan tanah seperti air Teh Susu ye

Blender macam kat kedai coffe tu,,,huhu

Ni la hasilnya,,,haha boleh terliur jika anda sedang haus ketika itu

Eksperimen bersambung lagi kerana masa sangat tak cukup, sampai aku nak pergi Mines pun lambat, keluar lepas Maghrib dan balik pun lambat,,,errrr




date Thursday, November 3, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah minggu ke-4 barulah dapat merasa pergi ke Ladang,,, Ladang Kongsi namanya... 

07/10/2011 Amali Sains Tanah Asas (SST3005)
Eksperimen kali ini, kitaorang dikehendaki menganalisis tanah. Mengklasifikasikan horizon O-A-E-B-C-R

Tetapi malangnya kerana hujan, sedang kitaorang menapak dari K15 ke ladang kongsi (jauh ye), tetiba bunyi guruh dan mendung serta angin yang kuat. Kitaorang berjalan secara beramai ramai,,,, rasa macam nak pergi lambat lambat je sebab dalam perjalanan tu macam macam permandangan yang cantik untuk snap gambar,,,hahaha Dan kitaorang berhenti kat tepi tasik, untuk menikmati keindahan ciptaan Allah itu. Serius memang best, tengok ikan, anak ikan, siput sambil angin bertiup dengan kuat,,, haha memang best! Tetiba gerimis, dan kitaorang pun cepat cepat lari menuju ke destinasi yang sebenar,,,hahaha nasib sempat sampai sebelum hujan!

Jalan menuju ke Ladang Kongsi,,, jauh lagi tuhh
Berhenti kat sini sebab nak menikmati keindahan angin sambil tengok tasik!
Tengok mendung dah tu...banyak anak ikan tapi tak tahu ikan apa, yang penting ikan Lumut besar besar semuanya
Banyak juga spesis Siput Epal yang mendiami di sini
Cepat lari,,, dah gerimis dah ney,,,,haha tengok rumput tu kena tiup angin sangat kuat
Dah hujan.... Terpaksa berteduh tempat orang lain,,,hehe

Pukul 4.30 petang barulah hujan reda... bayangkan lah dari pukul 3,,,haha  lama tunggu tau tak... Dan terus mulakan operasi masuk ke tempat kajian, seperti biasa kumpulan aku selalu volunteer jadi group pertama untuk buat dulu sebab tak suka lambat nanti balik pun lambat,,,haha

Aku masa ni sangat blur nak bezakan horizon tanah >.<
Pastu letak tape ni untuk ukur range tanah
Katang tarah tanah dan Jijah letak tanah dalam beg plastik untuk di analisis
Dr Zauyah tunjukkan cara mengenal pasti Horizon Tanah
Guna kanta pembesar untuk tengok ada liang kecik kat tanah
Bermula lah perbincangan eksperimen tanah ni...
Tu lah group eksperimen aku, Azie-Fany-Jijah-Aku-Katang
Baju oren tu tetiba termasuk plak,,,,haha

Tengok video camne kitaorang menganalisis tanah,,, ada step tapi kami buat main main lah,,,haha baru best!




date Sunday, October 9, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa ni? Aku dah ada broadband, kat kolej pun ada wifi tapi kenapa nak ada Broadband 4G Yes? Errr aku anggap ia percuma la senang kata,,,, tak ambik sangat rugi kan... tapi baca info dibawah ni


YES ianya Percuma
Pelajar baru semester ni dapat percuma broadband ni sebab UPM dibawah program EPP. Dah tu kitaorang dapat 30MB percuma dan setiap bulan dapat RM9! Lumayan bukan? So apa kata ambik je,,,hehe tapi percuma ini hanya bagi pelajar universiti je r yang di bawah program EPP tu... dan kalau dah guna melebihi RM9, kena topup sendiri lar hahaha

YES ianya Laju
Kenapa laju? Sebab masih tak ramai yang guna 4G Yes ni,,, kelajuan 4-6Mbps tanpa throttle! Tapi serius laju amat, kalau tengok video kat Youtube takde buffering langsung! Hahaha dan kredit pun mengalir tanpa sekat sekat la,,,haha


Mari kita tengok caj kadar yang ditetapkan...

9sen/3mb = 3sen untuk 1mb usage
5gb usage = 5000mb x Rm0.03 = RM150
Mahal tak? Pada aku ok kowt tapi dia tetap mahal berbanding broadband lain seperti P1Wimax-Maxis-Celcom-Digi


Setakat ni, hanya beberapa tempat je la yang ada liputan 4G Yes ni, Universiti yang ada liputan setakat ini -adalah UPM-UKM-UM-UTM-Utar...



date Thursday, October 6, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Ahad 2Okt lepas, UPM macam² buat aktiviti,,,,, geram plak cam takde tarikh lain je,,haha yang dirancang nak pergi adalah Dogathon tapi tetiba diberitahu bahawa ada Starting School! Memang aku sumpah serana je program tu,,,haha *jangan caye plak,hahaha*

Pagi tu bangun dengan takde semangat langsung -.-' dah la kena bangun seawalnya, pastu tetiba pakcik bas kata, "Bas akan datang lepas 1 jam nanti, tu lah sape yang tak tahu tak tengok jadual memang susah"
dalam hati aku berkata, "wahai pakcik ku, kitaorang tahu lah, masalahnya bas tu macam ikut time je selalu, dan saya yakin bas tu jap lagi datang memandangkan tadi masih ramai yang tak dapat naik, takkan pemandu bas tu nak biarkan saja kan,,,"
Kenapa susah nak dapat bas? sebab Fakulti Pertanian ni jauh, terpencil dan keluar dari UPM kerana nak bersebelahan dan dekat dengan ladang ternakan kami,,,hehe

Sampai je fakulti, terus pergi tengok senarai nama masuk group mane. OK hampa sekejap sebab langsung tak kenal budak² satu kumpulan.... Masuk je kelas, ok sorang budak cina yang kenal,,bole laa
Tetiba datang lagi sorang lelaki duduk sebelah aku, berkenalan apa semua dan komen sana sini tentang Starting School yang bosan ney,,,haha

Jam 8.30am, fasi pun masuk yang diberi nama Prof Madya Dr Faizah Abood. Sangat happening orangnya, dan disitulah bermulanya hati aku tertarik padanya,,,hahaha Perkara biasa adalah breaking ice! Yup sangat best ye cara dia mengendalikan acara breaking ice tu yang selalu pada aku sangat errrrrr *tak boleh nak cakap* haha

 
Bincang kelemahan dan kekuatan diri untuk dikongsi bersama

Mengenai slot ini, setiap orang mesti mempunyai kata adjaktif untuk nama masing²,,, kalau nama aku Muezz, so kena cari perkataan English yang bermula huruf M,,,, punya lah payah aku mencari sebab aku tak banyak word dalam English ni, member sebelah tu Muz dah ambik Mystery Muz dan depan aku Mystical Mar... last² aku ambik word Majestic! hahah Majestic Muezz ;p
Slot ini aku menerangkan lah segala kelemahan aku dan kelebihan,,, aku pun menceritakan sedikit tentang aku ni seorang Pecinta Alam then aku pun elaborate lah isi aku tuh,,,best ^^ dan last² sebelum kelas habis semua bagi kertas mahjong kat aku sebab aku care tentang alam kan, taknak sepah² dan cemarkan alam,,, cehhh abes korang ni tak nak jaga alam la ney,,, -.-' hhahaa

Seperti biasa lah kan presentation bagai dalam teamwork. And im think im more better to do this things. Cuma role play aku memegang watak just yang simple tak banyak kerenah seperti pekerja yang kena marah buat proposal,,haha lagi satu role play, aku menjadi sebagai pencerita sahaja but in English >.<

Lepas setiap kumpulan role play, akan ditayangkan video klip setiap lagu tersebut
Kumpulan kitaorang selalu keluar lambat waktu rehat sebab fasi kitaorang tak ikut modul,,, buat aktiviti sendiri tapi tetap konsep yang sama,,,hehe kitaorang diberi lirik lagu Firework by Katy Perry,,, haha slot yang ni sangat lawak sebab semua kena speak dalam English dan aku plak dilantik jadi bendahari untuk memungut denda sesape yang cakap bahasa Melayu,,, serius sangat SPEECHLESS,,,haha paling lawak apabila aku nak cakap lagu ni ayat yang atas tu just bunga², part korus baru isi sebenar,,, aku tatau nak cakap apa, then aku cakap je Flower Flower,,,hahahaha semua gelak tak benti²,,,aku tak boleh ingat time tu,,,huhu



Permainan ni lah paling last sekali,,, kalau aku ditempatkan kat situ,,,hmmm sure aku kalah,,,haha sebab dia kena paham apa yang Fasi tu cakap dalam bahasa Inggeris,,, dan nasib aku jadi pembantu je kat situ,,,hehe

Overall program ni sangat menyeronokkan,,, sebelum tu dah tensyen kan,,, aku dah tak kisah tak dapat pergi Dogathon,,,huhu banyak yang aku dapat dari program ni,,, soft skill, communication skill and more,,,

Dogathon tu tengok gambar pun jadi lah,,,hehehe

date