بسم الله الرحمن الرحيم

Sambil berjalan terkedek-kedek  di atas dasar batu besar dan menjunam ke dalam lautan berwarna firus, lensa kamera pelancong2 bersiap sedia  merakam gambar penguin kat Afrika Selatan. Burung laut berwarna putih dan berkaki pendek ini adalah tarikan utama bagi pelancong. Even, angka burung laut ini semakin berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan ia petunjuk kepada ancaman yang menakutkan berkenaan marin.
"Penguin Afrika semakin berkurangan  sehingga 60% sejak tahun 2004. Ia membuatkan kami amat bimbang " kata Lorien Pichegru dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan.
"Kini hanya terdapat kira2 26000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan yang terendah pernah direkod setakat ini. Pada permulaan kurun ke 20 kita mempunyai lebih 2 juta penguin ini" ujarnya. Ahli sains menjadikan penguin sebagai salah satu spesis petunjuk yang mudah untuk memantau masalah yang tersembunyi serta luas di dalam lautan.

Pada tahun lalu, penguin Afrika diklasifikasikan semula sebagai spesis terancam selepas angka nya semakin menurun. Ia mungkin disebabkan kekurangan sumber makanan kerana aktiviti perikanan selain pencemaran. Burung yang tidak boleh terbang ini dan berwarna seakan pakaian kot serta berjalan agak lucu itu mendapat sumber makanan dengan menikmati ikan bilis dan sardin yang hanya membiak di selatan Namibia dan Afrika Selatan. Perubahan corak kehidupan ikan2 ini telah memaksa burung2 ini mengembara lebih jauh semata2 mencari makanan dan mendirikan sarang baru. "Penguin tidak boleh berenang terlalu jauh untuk memberi makanan kepada anaknya dan pada penghujung pembiakkan ia memerlukan makanan bagi bersalin bulu" kata Rob Crawford dari Jabatan Perhubungan  Alam Sekitar Afrika Selatan sambil menunjuk migrasi sardin sejauh 600km. Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa 18 spesis penguin  Afrika antara yang berdepan dengan kepupusan.



date Friday, April 22, 2011

0 comments to “Penguin Semakin Berkurangan”