بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang memang betol temperature di Malaysia meningkat,,,tapi bukan sini je malah negara2 lain dan boleh dikatakan seluruh dunia lar senang citer,,,manusia dok mengata panas lah, itu lah ini lah,,, -.-' 
tapi sebelum tu... ingatlah ayat ini.... jangan dicela matahari itu kerana kepanasannya, salahkan kepanasan itu kerana manusia tidak pandai menjaga alam

Kita adalah manusia berkongsi planet bumi ini dengan hidupan lain, haiwan , tumbuhan dan lain2 lagi!


Ingat tu, manusia lebih berakal, so jaga lah alam ini untuk kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang,,, Kesian plak nanti kalau anak cucu kita tak pernah tengok harimau, penyu dan haiwan2 lain,,,sedih sangat! Pernah terfikir tak? Haiwan dan tumbuhan lain sudah menjaga dan menjalankan kitaran masing2 dengan jaya nya... Tapi segelintir manusia yang merosakkan alam yang Allah bagi untuk sementara ini. Sedar lah diri tu! 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini



Aku nak terangkan lar sedikit info tentang masalah ni sikit lah...
Pemanasan global ini disebabkan kesan Rumah Hijau manakala rumah hijau ini plak disebabkan CFC dan disebabkan CFC ni lah berlakunya penipisan lapisan ozon! Ha tengok tu berantai2 dia punya kesan! 


Cian kat polar bear tu,,,ais makin banyak yang cair sebab pemanasan Global
Kesan rumah hijau adalah fenomena dimana atmosfera bumi memerangkap radiasi matahari menyebabkan kepekatan gas rumah hajau (CO2, methane, CFC) meningkat. Lapisan gas tadi menyerap haba dan memancarkan kembali ke bumi. Ini semua disebabkan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. 


Penipisan lapisan ozon  berpunca daripada CFC, bekas styrofoam dan penurunan O3 kepada O2. 1 atom klorin boleh memusnahkan 100,000 ozon molekule,,,bayangkan! (CFC mengandungi 3 klorin atom). CFC sebenarnya bukan toksik, tidak mudah terbakar dan gas sintetik karbon dan halogen yang sangat stabil. CFC  dapat bertahan di atmosfera selama 45 hingga 260 tahun. Hmm cuak ni sebenarnya... Lama tu kat atas, menyebabkan lapisan ozon menipis dalam masa yang lama,,, >.<
CFC selalunya berasal daripada pendingin hawa dan peti ais, penghasilan plastik foam dan semburan aerosol.






Akibat Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau

  1. Aras air laut semakin tinggi dan mengubah jumlah dan pola hujan
  2. Hasil pertanian
  3. Mengurangkan arus sungai
  4. Banyak penyakit baru dan berbahaya
  5. Kehancuran spesis
Akibat Penipisan Ozon
  1. Pancaran UV secara terus menyebabkan boleh terkena kanser kulit
  2. Merendahkan tahap fotosintesis
  3. menghancurkan nucleic asid dalam organisma


date Monday, May 16, 2011

2 comments to “Tau plak panas ??!!!”

  1. mira
    May 16, 2011 at 4:10 PM

    Assalamualaikum..
    info yg sgt berguna. la ney mmg panaih tmbh2 dkt kedah. :D
    sjak buat sndiri ka?

  1. muezz@blaz
    May 16, 2011 at 10:06 PM

    sajak? Yg korupsi,pollusi tu? Xlah, 2 lirik lgu zainal abidin-hijau
    Thanks,kte mmg kne support bumi ni,spe lg lau bkn kte... ;)