بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah minggu ke-4 barulah dapat merasa pergi ke Ladang,,, Ladang Kongsi namanya... 

07/10/2011 Amali Sains Tanah Asas (SST3005)
Eksperimen kali ini, kitaorang dikehendaki menganalisis tanah. Mengklasifikasikan horizon O-A-E-B-C-R

Tetapi malangnya kerana hujan, sedang kitaorang menapak dari K15 ke ladang kongsi (jauh ye), tetiba bunyi guruh dan mendung serta angin yang kuat. Kitaorang berjalan secara beramai ramai,,,, rasa macam nak pergi lambat lambat je sebab dalam perjalanan tu macam macam permandangan yang cantik untuk snap gambar,,,hahaha Dan kitaorang berhenti kat tepi tasik, untuk menikmati keindahan ciptaan Allah itu. Serius memang best, tengok ikan, anak ikan, siput sambil angin bertiup dengan kuat,,, haha memang best! Tetiba gerimis, dan kitaorang pun cepat cepat lari menuju ke destinasi yang sebenar,,,hahaha nasib sempat sampai sebelum hujan!

Jalan menuju ke Ladang Kongsi,,, jauh lagi tuhh
Berhenti kat sini sebab nak menikmati keindahan angin sambil tengok tasik!
Tengok mendung dah tu...banyak anak ikan tapi tak tahu ikan apa, yang penting ikan Lumut besar besar semuanya
Banyak juga spesis Siput Epal yang mendiami di sini
Cepat lari,,, dah gerimis dah ney,,,,haha tengok rumput tu kena tiup angin sangat kuat
Dah hujan.... Terpaksa berteduh tempat orang lain,,,hehe

Pukul 4.30 petang barulah hujan reda... bayangkan lah dari pukul 3,,,haha  lama tunggu tau tak... Dan terus mulakan operasi masuk ke tempat kajian, seperti biasa kumpulan aku selalu volunteer jadi group pertama untuk buat dulu sebab tak suka lambat nanti balik pun lambat,,,haha

Aku masa ni sangat blur nak bezakan horizon tanah >.<
Pastu letak tape ni untuk ukur range tanah
Katang tarah tanah dan Jijah letak tanah dalam beg plastik untuk di analisis
Dr Zauyah tunjukkan cara mengenal pasti Horizon Tanah
Guna kanta pembesar untuk tengok ada liang kecik kat tanah
Bermula lah perbincangan eksperimen tanah ni...
Tu lah group eksperimen aku, Azie-Fany-Jijah-Aku-Katang
Baju oren tu tetiba termasuk plak,,,,haha

Tengok video camne kitaorang menganalisis tanah,,, ada step tapi kami buat main main lah,,,haha baru best!




date Sunday, October 9, 2011

5 comments to “Amali SST di Ladang (1)”

  1. Noor Amirah Mohd Nor
    October 10, 2011 at 9:49 PM

    yg bju oren tu..
    ble aku nk tngkp gmbr kumpulan dia xnk..
    tbe2 msuk kumpulan org len plak..
    mentang2 la kami TIGA je.. huhu

  1. muezz@blaz
    October 10, 2011 at 9:53 PM

    haha nk wat cmne,,,
    dy pegi tnye soklan lawak
    mau xktawe aku lpas snap pic tu

  1. Anonymous
    October 11, 2011 at 9:27 PM

    kalau lah aku kat sini...............

  1. muezz@blaz
    October 11, 2011 at 10:28 PM

    spe ni?

  1. nurulfarhanirozali
    October 26, 2011 at 4:06 PM

    tanah sangat penting in our life cycle production!!! :D heheeh
    saje menyinggah kat blog muezz.cuti2 tak tahu nak buat apa ^^,