بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Karnival UsahawanTani telah berjaya dilaksanakan! 20Disember adalah tarikh dimana tarikh keramat dan akhirnya penyeksaan kami semua... haha bila dah selesai, tahu tak betapa leganya hati ni dan rasa lapang jeeee... huhu Karnival ni adalah medan dimana semua Projek Ladang menjual hasil mereka seperti :

Sains Ternakan - Projek Ternakan Ayam Kampung
Akuakultur - Projek Ternakan Ikan Tilapia
Sains Pertanian - Projek LadangTanaman Sayuran/Jagung/Rockmelon
Hortikultur - Projek Fertigasi RockMelon

Kami berjaya jual ayam-ayam kami walaupun ada yang kecik... Alhamdulillah sesangat... Jom la tengok persiapan kami

Pak Sembelih kita

Cabut bulu ayam dengan teliti

Organ organ lai lai

Memenatkan mencabut bulu yang degil ni

Sesi membasuh ayam

Bajet aku yang sembelih... haha

Rumah sembelih

Nampak banyak tapi ni baru sikit!

Abang - abang macho kita menunjukkan kehebatan memasing

Terima kasih kepada yang sudi membelikan sarapan yang free ^^

Gambar-gambar atas tu sebelum hari kejadian... Satu hari sembelih sampai 300 ekor... huu bayangkan la betapa penat dia camne... Tukang sembelih pun kekurangan orang, Haffiz sorang je... nasib baik boleh minta tolong Staff Fakulti Pertanian Cik Zaidi untuk sembelih!  Sembelih - Rendam air panas - Cabut bulu - Buang organ - Potong 











Sangat rush sebab nak mohon masak seawal 6 pagi kat ladang 10 tak dibenarkan, jadi kena masak setelah office hour bermula iaitu 8 pagi... huhu tahniah semua yang bagi kerjasama... hehe lepas siap masak, traktor pun datang untuk mengangkut segala bagai barang kami untuk dibawa ke Karnival... wahhh tak sabar plak











Kitaorang tutup paling awal sebab banyak sangat yang beli... cehhh haha takde la.. Jam 5 petang semua dah siap kemas bagai dan pulang ke Ladang 10... hehe aktiviti kami masa tu belum berakhir lagi kerana kami masih laparrrr~~~ hehe so lebihan ayam tadi kami buat BBQ dan goreng... hoho Alhamdulillah rezeki melimpah-limpah percuma... hehehe



Reban 2


Alhamdulillah juga sebab Reban 2 aku dinobatkan Juara dalam Kategori Ternakan Ayam Kampung.... mula-mula tu nak pertahankan gak untuk Kategori Keseluruhan mesti Projek Ayam Kampung menang tapi Projek Ladang Jagung yang menang... hoho tahniah! 

date Sunday, December 23, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah selesai sudah subjek Keusahawanan Pertanian untuk Sem 3 ni... Cukuplah... penuh dengan kontroversi subjek ni... hahaha Kalau korang nak tahu, Subjek Keusahawanan Pertanian ni berbeza mengikut progam kursus masing-masing.

Sains Ternakan - Ayam Kampung
Akuakultur - Ikan Tilapia
Sains Pertanian - Tanaman Sayuran/Jagung/Rockmelon
Hortikultur - Fertigasi RockMelon

Minggu pertama, kami dibahagi kumpulan dan reban. Cara pemilihan kumpulan adalah berdasarkan secara rawak... So, tak boleh pilih dan terima seadanya siapa ahli kumpulan kita :-) Sebenarnya aku pada awalnya tidak terpilih untuk buat projek ternak ayam kampung ni, tapi terlibat dengan projek tanaman sayuran. Tapi reban 2 ada kosong sebab Hakimi dah tukar kos. Dengan pantas aku bangun dan cakap, saya nak ganti!!! hahaha Terima Kasih Kimi.... hahaha

Minggu kedua, barulah ayam sampai... ayam dari Penang plak tu... jauh tu nak ke UPM kan.. sampai dalam pukul 11 malam! Tunggu dari petang... Sementara tunggu ayam sampai, macam-macam kitaorang buat... haha ada gak bergaduh pasal Kuih Goyang dan Loyang.... haha siap telefon emak masing-masing lagi... hehehe

Tanam Pokok untuk makanan sampingan ayam nanti

Keadaan 1st reban sebelum ayam sampai

Pokok menjalar ni kena bersihkan

Keadaan dalam reban yang suci

Reban 2

Hakim dengan penyapu nya

Aku cabut rumput dan kutip batu

Basuh semua peralatan

Ayuhh semua buat kerja

Jiran-jiran saya

Ular lidi yang berjaya ditemui

Katang berangan nak mandi atas kanvas

Kasi mampat itu sawdust

Pemasangan kanvas untuk keep warm reban

Santapan lepas bekerja hanya bahulu dan kuih goyang menjadi peneman

Salman perlukan batang untuk pemasangan kanvas

Terpaksa panjat sebab tak sampai nak ikat tali

Selingan di waktu kepenatan

Kebosanan menunggu ayam-ayam nak sampai

Waktu anak ayam sampai je, betapa lega rasa... huhu penantian itu satu penyeksaan okeyh... kitaorang terus bahagikan anak ayam kepada 5 reban, secara kasar setiap reban dapat 300 ekor! haaa banyak seyhh comel pun comel... adehhh tak sangka fall in love jap ngan anak-anak ayam tu... sekejap je... haha sebelum tu mesti la dah prepared semua bagai sebelum letak anak-anak ayam tu dalam reban kan... pastikan brooder dah pasang awal 2 jam sebelum ayam sampai, sawdust mesti mampat, makanan minuman pun dah tersedia...

Sudah siap!!!

Nampak kekemasan di reban 2... hehe

Wahhh ayam tu semua tak sabar nak dapat tempat baru apatah lagi kitaorang... hahaha

Tuu diiiaaaa

Bagi makan punya la berebut.... hehehe

Ayam 1st kitaorang yang mati :-(

Ayam dua reban terpaksa disatukan dalam satu reban kerana ada masalah,,, nampak pack plak

Setelah puasakan ayam, kemain semua nak minum air...

Ayam-ayam semakin stabil
Macam-macam berlaku semasa menjaga ayam kampung ni... Ayam Kampung ni dah la terejal, degil! Memang kena bersabar je la dengan perangai mereka even ingatan mereka hanya lah sebentar ja... Kalau nak ajar die memang tak jalan la... Sekejap je ingat pastu lupa! Bila dah besar, lagi lahhh korang tak tahan, rasa nak sepak-sepak je... hahaha patuk orang memang confirm!

Setelah berumur 6 minggu

Berumur 10 minggu ni lah paling mencabar nak restrain ayam-ayam ni!

Pisang dah tinggi, jagung dah naik... hehe semua demi Ayam
Tahun ni ada Perasmian Projek Ladang MyAgrosis 2012 yang pertama dan Projek Ternakan Ayam Kampung terpilih untuk bersama-sama memeriahkan.. mungkin sebab Ternak ayam paling susah antara projek yang lain kot.







Penat weyhhh jaga ayam ni!!! haha
Nak tahu apa kekangan, dugaan, cabaran dan masalah yang kami hadapi, baca post sebelum ni Dugaan dan Cabaran.

date