بسم الله الرحمن الرحيم


Akhirnya habis sudah sem 1 setelah kian lama menanti,,ececeh... haha secara keseluruhannya not bad untuk sem 1 ni, semua subjek belum nampak susah lagi, masih lena dan cukup tidur di malam hari, siang pun aku tibai tidur gak,,,hahaha banyak gak masa untuk outing dan macam-macam lagi. Senang citer tak pack sangat lah... Untuk menghargai classmates dalam Sains Ternakan, kitaorang rancang nak adakan BBQ sebelum balik rumah nanti,,,,hehe 

So, kitaorang pun buat meeting... lepas exam TITAS pada 5/1/2012


Meeting ni mengambil masa agak lama la,,, 2jam tak silap,,,, errr waktu tengahari.... haha dan nasib selesai gak dan cuma bajet tu tatau cukup atau tidak, lagipun bajet kasar... dan Ladang 10 telah pun lulus untuk pinjam tempat tu... so pada hari kejadian 8/1/2012 Fitri, aku, Mira, Fany, Azie bangun pepagi sebab nak pergi pasar nak beli bahan-bahan.... 


Tengok tu matahari pun belum timbul,,,,hahaha kali ni naik kereta Kenari buatan Malaysia... haha tak payah nak mention sangat la kan.... -.-' so destinasi seterusnya ke Pasar Borong.... jom cuci mata jap apa ada kat pasar tu... 




Lepas beli bebarang ni, singgah jap rumah Fany pekena Nasi Lemak,,, hahaha lapar mehhhh sebab tak sarapan lagi,,,hoho sarapan kitaorang pukul 11...pastu layan Dragon Ball jap...haha ok lepastu pergi ke destinasi yang sebenar-benarnya... Ladang 10!!!





Ni lah antara persiapan awal selepas Zuhor, dimulakan dengan basuh ayam dan seterusnya membuat ramuan untuk ayam.... Kali ni ikut resepi mak Apiz... sangat sedap !!! even buatan tangan budak-budak neyh...hahaha 

OK tiba masanya malam kemuncak!!! Jamuan BBQ Animal Science dah nak mula!!!! hahaha ok kita saksikan~








Ni lah antara suasana semasa BBQ tu,,, yup bagus lah korang semua tolong-menolong...hehe tak rasa macam busy pun,,, haha dan waktu makan adalah klimaks segala-galanya!!! hahaha Jom Makan!!!!




Dan lain-lain lagi..... aku tak ambik gambar pun sebab time ni aku sibuk dengan Hedgehog.... huhu kali ni aku bawak Hedgehog, si Lalo tu... tak sangka sampai jugak dia ke UPM... ni semua sebab si Hasif nak pinjam Lalo aku,,,huhu bagos la sebab dapat exposed Hedgehog kat budak-budak ni... masih ramai tak tahu apa itu Hedgehog....

Hasif(Luna) dan Muezz(Lalo)

Dan kalau nak tahu lebih sikit pasal Hedgehog ni,,, tengok lah video masa BBQ tu,,,,hehehe


date Thursday, January 26, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa yang belum pernah pergi Ladang 10 atau Ladang Bersepadu, meh tengok sini nak tunjuk sikit suasana serba nan indah kat situ...hehe 


Sebenarnya, kitaorang ada lawatan ke Ladang 10 untuk subjek Pertanian dan Manusia... subjek ni wajib ambik untuk semua mahasiswa kat UPM ni even dia medik, engineer ataupun bahasa. Pertanian ni semua kena belajar ye bagi semua manusia sekalian sebab kalau korang taknak ambik tahu apa yang korang makan, macamne dapat makanan tu, hasil dia, kos dia mahal ke murah ke dan kenapa harga sayur, daging macamtu kena ambik tahu sebab kalau tak, komplen, bebel, kutuk para petani.... ish3 cian kami yang menghasilkan makanan untuk manusia-manusia ni dengan izin Allah... walauapapun korang just belajar yang perlu tahu, takde sampai details pun, so jangan risau bagi mahasiswa yang tak ambik kos pertanian jangan nak pelik dan mengeluh ye....hehe

Kami pergi jam 8pagi, macam biasa tak semua tepati masa, hahaha tunggu punya tunggu lebih kurang 8.40 baru mula lawatan ke ladang ni... Dimulakan dengan pengenalan ala-ala taklimat mengenai apa yang ada di Ladang 10 ni, dan pelbagai soalan berkenaan pertanian dan ilmu yang baru kami dapat....hehe Seterusnya ke kawasan penanaman Jagung.

Ni budak-budak yang tanam, budak sains pertanian, tinggal nak tuai tu

Apa yang aku dapat serba sedikit tentang jagung ni adalah ni adalah sweet corn, yang kita makan adalah sweet corn... yang tak sweet tu buat sayur dan makanan haiwan ternakan,,,hehehe leceh gak jagung ni sebab dia mudah kena serang dengan penyakit, cuaca juga memainkan peranan... tak ramai petani nak tanam jagung sebenarnya~




Gambar atas tu menerangkan pasal buah apa ek? hahaha aku tak ingat seyh.... errrr yang boleh buat minyak tuuu, so lepastu kitaorang pun cuba ambik lighter dan cuba membakarnya,,,,hahaha Seterusnya pergi ke kolam ikan.... hehe ini pun impian aku gak, nak ceburkan bidang dalam Akuakultur tapi still tak kisah sebab dapat Sains Ternakan lebih minat,,,huhu 




Agak seronok berada kat atas benda biru yang terapung ni,,,hahaha aku lupa plak nak tanya apa benda nama menatang ni,,,hahaha tapi sayangnya ikan-ikan kat sini dah takde sebab baru saje dituai oleh pelajar-pelajar Akuakultur,,, baru nak tengok ikan Tilapia hijau, Tilapia merah mereka,,,,hehehe just jumpa ikan mata lalat je....hahaha

Padi pun ada, tapi kawasan dia kecik je

Kandang Lembu

Reban Ayam Kampung

Masa kitaorang datang bahagian kawasan ternakan, memang lembu taknak jumpa kitaorang,,,,huhu faktor utama sebab baru lepas hujan kowt,,,, so just dengar penerangan dari staff kat situ... dan pasal ayam kampung pun sekejap je,,, ingatkan nak pergi turun nak masuk tapi perut aku masa tu sungguh lapar...errrrr so terus balik,,,,kehkehkeh sebelum balik, kitaorang dihidangkan dengan buah rambutan dan air mineral... wahhh best2... rambutan UPM bukan calang-calang,,,cehhhh hehehe




Sekian~

date Tuesday, January 10, 2012