بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa yang belum pernah pergi Ladang 10 atau Ladang Bersepadu, meh tengok sini nak tunjuk sikit suasana serba nan indah kat situ...hehe 


Sebenarnya, kitaorang ada lawatan ke Ladang 10 untuk subjek Pertanian dan Manusia... subjek ni wajib ambik untuk semua mahasiswa kat UPM ni even dia medik, engineer ataupun bahasa. Pertanian ni semua kena belajar ye bagi semua manusia sekalian sebab kalau korang taknak ambik tahu apa yang korang makan, macamne dapat makanan tu, hasil dia, kos dia mahal ke murah ke dan kenapa harga sayur, daging macamtu kena ambik tahu sebab kalau tak, komplen, bebel, kutuk para petani.... ish3 cian kami yang menghasilkan makanan untuk manusia-manusia ni dengan izin Allah... walauapapun korang just belajar yang perlu tahu, takde sampai details pun, so jangan risau bagi mahasiswa yang tak ambik kos pertanian jangan nak pelik dan mengeluh ye....hehe

Kami pergi jam 8pagi, macam biasa tak semua tepati masa, hahaha tunggu punya tunggu lebih kurang 8.40 baru mula lawatan ke ladang ni... Dimulakan dengan pengenalan ala-ala taklimat mengenai apa yang ada di Ladang 10 ni, dan pelbagai soalan berkenaan pertanian dan ilmu yang baru kami dapat....hehe Seterusnya ke kawasan penanaman Jagung.

Ni budak-budak yang tanam, budak sains pertanian, tinggal nak tuai tu

Apa yang aku dapat serba sedikit tentang jagung ni adalah ni adalah sweet corn, yang kita makan adalah sweet corn... yang tak sweet tu buat sayur dan makanan haiwan ternakan,,,hehehe leceh gak jagung ni sebab dia mudah kena serang dengan penyakit, cuaca juga memainkan peranan... tak ramai petani nak tanam jagung sebenarnya~




Gambar atas tu menerangkan pasal buah apa ek? hahaha aku tak ingat seyh.... errrr yang boleh buat minyak tuuu, so lepastu kitaorang pun cuba ambik lighter dan cuba membakarnya,,,,hahaha Seterusnya pergi ke kolam ikan.... hehe ini pun impian aku gak, nak ceburkan bidang dalam Akuakultur tapi still tak kisah sebab dapat Sains Ternakan lebih minat,,,huhu 




Agak seronok berada kat atas benda biru yang terapung ni,,,hahaha aku lupa plak nak tanya apa benda nama menatang ni,,,hahaha tapi sayangnya ikan-ikan kat sini dah takde sebab baru saje dituai oleh pelajar-pelajar Akuakultur,,, baru nak tengok ikan Tilapia hijau, Tilapia merah mereka,,,,hehehe just jumpa ikan mata lalat je....hahaha

Padi pun ada, tapi kawasan dia kecik je

Kandang Lembu

Reban Ayam Kampung

Masa kitaorang datang bahagian kawasan ternakan, memang lembu taknak jumpa kitaorang,,,,huhu faktor utama sebab baru lepas hujan kowt,,,, so just dengar penerangan dari staff kat situ... dan pasal ayam kampung pun sekejap je,,, ingatkan nak pergi turun nak masuk tapi perut aku masa tu sungguh lapar...errrrr so terus balik,,,,kehkehkeh sebelum balik, kitaorang dihidangkan dengan buah rambutan dan air mineral... wahhh best2... rambutan UPM bukan calang-calang,,,cehhhh hehehe




Sekian~

date Tuesday, January 10, 2012

3 comments to “Ladang 10 Santai”

  1. nurulfarhanirozali
    January 11, 2012 at 5:30 AM

    pokok jatropa lah muezzudin..
    pokok industri ni.digunakan utk menghasilkan biodiesel. sebb tu lah dia flammable ..huhu

  1. Noor Amirah Mohd Nor
    January 11, 2012 at 10:25 AM

    buah tu buah jathropa.. atau bm dia buah jarak..
    sangkar tu sangkar ikan pasang siap.. huhu

  1. muezz@blaz
    January 11, 2012 at 11:13 PM

    owh yeke,,,,haha lupe seyh,,,
    terima kasih ;-)