بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni kitaorang melawat bapak ayam, mak ayam serta anak ayam kat Ladang 2 UPM dalam Amalan Ladang : Pengeluaran Ternakan..... hehe ada sedikit kontroversi sebenarnya tapi tak mau citer la,,,,hahaha ok jom kita pergi!!!


1 jam pertama pensyarah bagi briefing sikit pasal Poultry.... ok la jom kita ke Ladang 2....

Ayam Pedaging - tunggu masa untuk esok nak sembelih ni

Sistem Sangkar untuk buat research - lebih kurang satu sangkar 3 ekor ayam

Anak ayam baru berumur sehari lau tak silap aku dengar,,,huhu

Ayam-ayam kat atas ni semua ada pemiliknya,,,, huhu ada yang buat untuk research so tak boleh nak bergurau sangat dengan ayam tu,,,,,haha dalam ni pun letak kipas sebab ayam pun nak sejuk kan,,,, lampu tu untuk anak-anak ayam....huhu sape tak tahan bau ayam takyah lah ambik kos ni,,, menyeksa diri je nanti...

Ayam Baka Penelur yang besar-besar owhhh

Tu telur mereka....hehehe

Telur ayam letak dalam mesin untuk apa ntah,,,hahaha


Candling untuk tengok telur ni jadi atau tak


Ayam akan menetas dalam mesin ni....huhu


Pastu pergi ke bahagian ayam penelur (layer)... huhu baru aku tahu rupanya ayam penelur ni bertelur hari-hari selepas capai kematangan,,,, takde jantan pun takpe,,,, start bertelur umur 4 bulan je, pastu bermula lah mission untuk bertelur setiap hari sebiji sampai lah setahun dua tahun.... hoooooo gambar atas tu step nak jaga anak ayam yang akan menetas,,,, ni bukan untuk makan tapi untuk membesar jadi ayam pedaging (broiler)....huhu ayam pedaging plak kita boleh sembelih apabila umur dia mencecah 6 minggu!!! See that? ^ minggu tu daging da banyak da, dah kena sembelih untuk makan,,,,hahaha kalau ayam kampung lambat tumbesaran daging dia sebab tu mahal even tak sedap,,,ngehngehngeh

Ayam Kampung yang gagah

Spesis Ayam Serama

Burung Puyuh USA yang lembut owhhh

Lawa lawa burung puyuh nih....hehe

Rasa excited plak tengok burung puyuh USA neyh,,,, haihhh comel seyh.... sempat tadi aku pegang dia...bulu dia lembut owhhh 

Rumusan berkenaan industri Poultry :

Poultry terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
  • Ayam (penelur-layer) 
  • Ayam (pedaging-broiler)
  • Breeder Layer & Broiler
  • Ayam Serama
  • Ayam Kampung
  • Itik
  • Ayam Belanda
  • Puyuh
  • Burung Walit
  • Kasawari

Antara kelebihan menceburi bidang Poultry ni
  • Pulangan yang cepat atas pelaburan
  • Pendapatan meluas sepanjang tahun
  • Pulangan yang tinggi sebab kos pemakanan rendah
  • Keperluan tanah rendah
  • Sesuai untuk bidang separuh masa secara kecilan & pengeluaran komersial besar (intensif)

Bidang Poultry ni ada tiga cara housing.... yang paling senang secara tradisional la,,, bebas je,,, pastu dia makan jagung, herba yang ditanam,,, ni dikira ayam organik... Pastu cara rumah separa tutup dan rumah tutup penuh. Paling efektif dan moden adalah tutup penuh sebab temperature kat situ maintain dan ayam pun lebih selesa. Penyakit pun tak dapat nak berleluasa,,, means penyakit dari luar tak mudah masuk r...huhu betol ke tak aku punya citer ni? hahaha kawan-kawan lau salah tolong betulkan,,,,hahahaha

Tahu tak dianggarkan seorang rakyat Malaysia makan daging ayam 35.34kg daging ayam setahun manakala 299 biji telur setahun....hahaha korang sedar tak korang makan banyak ni? hehehe

Industri Poultry ni menyumbang sebanyak 70% dalam ternakan... yang lagi 30% tu termasuk lah lembu, kambing, rusa dan ternakan lain... banyak kan... dan Singapura lah jiran paling setia yang mengimport ayam-ayam dari Malaysia....huhuhu selain tu, ada gak sikit-sikit kat negara lain macam Brunei, Jepun, Indonesia dan Hong Kong.





P/s : Kalau korang nak tahu, graf menunjukkan pengeluaran dalam bidang industri Poultry meningkat setingkat-tingkatnya tahun demi tahun berbanding ternakan lembu yang kadangkala turun kadangkala naik alahaiiii sikit bebeno.... tapi kenapa harga ayam tetap naik? :D ntah la....sama-sama fikirkan.... peace yaw ^^

date Monday, February 27, 2012

3 comments to “Melawat Ayam Ladang 2”

  1. Noor Amirah Mohd Nor
    February 27, 2012 at 11:38 PM

    laju tul update nye

  1. muezz@blaz
    February 28, 2012 at 10:11 AM

    hehe xde assignment,,,haha

  1. Wan Ahmad Izudean
    March 1, 2012 at 6:12 AM

    ingat masa awal2 sem dulu..hehe

    harga ayam naik sebab harga makanan naik. makanan ayam 70% adalah daripada jagung. dan kita tak dapat kawal harga jagung..

    skrg jgung untuk feed dah ada competion untuk produce biofuel.