بسم الله الرحمن الرحيم

Logo Sains Ternakan Batch 2011-2015

Dapat result secara rasmi dan pendaftaran dibuka telah menandakan sem 2 bakal muncul dengan gelojohnya....hoho Alhamdulillah result ok jika dibandingkan kat Matriks dulu,,, tak target untuk dapat dekan or first class tapi cukup memadai result aku ni,,,hehe dan organisasi Sains Ternakan Batch 2011/2012 telah pun termaktub dalam Group(termaktub la sangat!!!) haha dan inilah hasilnya....

Credit to Mira

Sebenarnya agak susah nak buat organisasi ni memandangkan kehidupan universiti tak seperti sekolah ataupun matrikulasi mahupun pra-universiti sebab tak semua orang satu kelas, dan tak selalu jumpa dan tak kenal serta takde contact number.... so dengan gigih si Mira dan rakan-rakan lain mencari budak satu kos dalam FB....akhirnya cukup 58ahli... dan cara untuk berbicang dengan buat poll undian kat FB....haha itu saje jalan yang ada,,,

Sesi gambar pun dah siap.... ni pun payah nak settle, bila masa free untuk bergambar, buat poll lagi dan ikut majoriti...huhu dengan nak fikir lagi tagline apa untuk batch kitaorang lagi,,,,hahaha Thanks to Fany dan rakan-rakan lain yang terpaksa memekak dalam bas tanya budak-budak nak fikir ayat yang best-best....hahaha Akhirnya dapat "Animal Science Live Us To The Max" insyaAllah....




Sekarang tengah bincang nak buat baju korporat dan seterusnya baju t-shirt... huuu mata aku sangat rambang tatau nak pilih mana satu design, semua lawa-lawa!!! Dan akhirnya baju design macamni yang menang, dan ramai pilih warna oren hitam...


Seterusnya buat logo untuk baju korporat, logo rasmi la kiranya... sedang dalam perbincangan lagi,,, so buat poll lagi kat FB lagi, hahaha aku rasa logo atas tu macam tak lawa la,,,hmmm sebab aku tak reti sangat mehh nak buat logo,,,haha main tibai je,,, ni serahkan plak pada Naib Presiden 1 untuk buat logo....hehehe


Dan AJK Aktiviti telah mengeluarkan aktiviti yang best-best!!! Cepat betul buat kerja,,,hahaha bagos la kan... tak sabar nak dengar penerangan mereka tentang aktiviti ni....


  1. Pertandingan Badminton 4 VS 4 
  2. Pertandingan Comelku (Binatang Peliharaan) 
  3. Five Secret Identity Versus Justice 
  4. Jamuan Akhir Tahun 
  5. Bola Tampar Duduk 
  6. Adventures Activity (Jungle Trekking, Mandi manda dan boleh buat Barbeque) 
  7. Mendaki Broga Hill 
  8. Friendly Match Bowling 
  9. Skytrex Adventure, Shah Alam 
  10. Laser Tag , Midvalley 

Akhir kata, insyaAllah kita sama-sama bersatu teguh, bercerai roboh! Sama-sama tegur atas kesilapan dan harap takde cakap belakang... kalau boleh aku nak rapat dengan semua orang dalam kalangan ahli Sains Ternakan ni,,,hehe Fokus pada matlamat utama hidup di dunia dengan mengabdikan diri pada Allah yang Esa. Pastikan niat kita menuntut ilmu bukan kerana minat, makbapak suruh, nak cari kerja atau apa sekalipun, tapi pertama-pertama kerana Allah s.w.t. ;-) 



date Tuesday, February 14, 2012

4 comments to “Sains Ternakan Officially”

  1. Noor Amirah Mohd Nor
    February 14, 2012 at 8:16 PM

    xsbar aku.. btw, az call aku kate selasa (21/2/2012) ada meeting..

  1. muezz@blaz
    February 14, 2012 at 9:54 PM

    owh ye ke....errrr ok... pasal Zoo la ni,,,hahaha :D

  1. syuhadaa
    February 15, 2012 at 7:08 AM

    Pergh. Ade sorang niqabi laa. :D

  1. muezz@blaz
    February 15, 2012 at 11:00 AM

    ^^