بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ni nak kongsi pengalaman bermain dengan kambing-kambing yang sombong serta nakal kat Ladang 2 UPM..... hehehe tujuan pergi sini sebab ada praktikal untuk belajar Anatomi dan Fisiologi Kambing serta Pengurusan Kambing.... untuk kali ni pakai labcoat sebab coverall takde lagi so nampak cam pelik sikit la,,,,,hehe dalam 15 minit briefing apa yang perlu buat...


OK, mula-mula kitaorang kena pilih dan tangkap kambing untuk jadi teman kitaorang....hehe so pilih la si Molly ni,,,, haisshhh si Betina ni agak degil... mula-mula tangkap dia, ok je tapi dah sampai tempat port kitaorang, punya la degil....ish3 geram pun ada....hahaha


Task kitaorang mula-mula kena kasi dia tenang.... so cara untuk restrain dia dengan naik atas badan dia, kaki kita letak kedua-dua belah bahagian badan kambing dan pegang leher dia... so dia tak banyak gerak lah... lepas dah tenang so boleh lah tengok struktur badan dia, cari tulang kat mana, part itu ini.... 




Tengok tu dah diam dan tenang baru boleh check kadar pernafasan dan heartbeat rate....huhu tu lepas ambil gambar, menggila lagi si Molly tuh -.-' Owh lupe plak, ada ambik temperature kat kambing ni tapi kena ambik dari lubang belakang(rectum) si Molly ni....hehe mula-mula agak terkejut.... ooohhhh nape plak nak kena ikut skali jari-jari yang suci ni masuk kedalam lubang tu,,,,, o.0 huhu tapi Azie sanggup nak buat.... tapi kitaorang still cuba sorang-sorang merasa....hahaha tapi kenapa kalau nak check temperature kena cocok kat lubang belakang tu? sebab tak logik la lau nak check kat bawah lidah atau kat mulut si kambing sebab kambing langsung tak boleh letak pape kat mulut sebab keja dia 24jam menguyah je!!!! nak tengok camne kitaorang check temperature tu? kat video....huhu serius kelakar!!!! :D



Lepas tu, sesi trimming kuku si Molly ni plak haaa.... haishhh degil-degil.... susah aku nak potong asyik bergerak sana-sini.... dah la kaki dia busuk macam haram...hahaha terketar-ketar aku potong sebab 1st time dengan berkerah tenaga pegang kaki menahan daya supaya dia tak flying kick aku serta takut kalau terpotong daging dia,,,, errrr kelebihan potong kuku dia ni sebab untuk memudahkan dia berjalan dengan betul serta mengelakkan penyakit kuman kat kuku dia tu...


Sebenarnya banyak lagi yang kitaorang belajar masa tu, castrate, dehorning, tagging.... tapi tu semua just demonstrasi, kalau kitaorang buat the real baru aku citer ye....hehehe 
Feel free baca dialog aku dengan si Molly kambing betina....hehehe


Tengoklah video kitaorang camne buat praktikal ni,,,,,hahaha



Ni plak video aku yang potong sendiri kuku kambing,,,,, feel free enjoy this video.....





date Tuesday, March 20, 2012

0 comments to “Bersama Molly si Kambing Betina Sombong”