بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni aku pernah citer pasal Rumput Gajah makanan haiwan ternakan kan, tapi sekarang nak citer pasal kita buat makanan untuk haiwan ternakan...

Foder adalah istilah bagi makanan yang diproses untuk haiwan ternakan. Ada dua yang utama yang dipraktikan di Malaysia iaitu Hay(jerami) dan Silaj. Jerami agak sukar sikit untuk dipraktikan kat Malaysia sebab untuk dapat kan jerami ni, kena jemur 3 hari berturut-turut tanpa hujan so negara kita tak sesuai ditambah lagi perlukan teknologi yang tinggi sebab nak guna mesin bagai...

Silaj plak proses penapaian terhadap makanan tu disimpan dalam keadaan tiada udara dan ditekankan...huhu paham tak? agak bersepah ayat aku...huhu Keadaan Anarobik(takde udara,oksigen) membuatkan aktiviti bakteria dan fungi serta kulat tak boleh berlaku... so antara Jerami dan Silaj, prefer lagi Silaj...huhu

Ok2 jom tengok persedian apa yang diperlukan untuk membuat silaj ni hehehe

Daun Kelapa

Mesin Potong


Silo (tempat simpan silaj)

Urea

Molasses

OK, tengok bahan-bahan dia guna bahan buangan seperti daun kelapa sawit je... disitu ada penjimatan berlaku,,,huhu Pertama, kumpulkan daun kelapa (Oil palm Frond) tu dan masuk ke dalam mesin pemotong tu.....then dapat la hasil potongan yang lawa tu masuk ke dalam silo... sebelum tu perlu larutkan Urea dan Molasses(boleh dikatakan sebagai perasa tapi ia membantu proses silaj ni berlaku sebenarnya). Molasses tu bahan buangan dari tebu... bau dia pun macam gula melaka dan sangat pekat!!!







Nampak tak gambar atas ni lepas masukkan bahan daun tu, kitaorang kena masukkan kaki dalam silo(bekas biru tu) dan pijak-pijak terlompat-lompat.... perhhh penat jugak la dan takut terjatuh je....hahaha ni sebab nak kasi mampat dan cukup satu silo ni mesti berat yag ditetapkan....aku tak ingat bape... lepas aku buat ni, aku curi tulang jap,,,huhu nampak pokok jambu...nafsu suruh pergi petik... aku pun pergi tanya Dr. boleh tak nak ambik, dia dengan mudahnya menjawab, ambiklah...banyak tu....hahaha ok fine aku terus pergi....hahaha member yang lain masih buat kerja melompat dan pijak-pijak...haha


Ok banyak gak kerengga kat sini.... bahaya-bahaya sekelip mata dah melekat kat baju... kuat sangat dia punya daya tarikan...sensitif sangat, langgar sikit terus terlekat... hehe ok nak tengok rupa hay tu camne... ni haaa 


Paling ketara perbezaan Jerami dan Silaj adalah tempat penyimpanan untuk Silaj lebih kecik berbanding Jerami yang memerlukan ruang yang besar.... lagi satu Jerami mudah terbakar manakala Silaj tak mudah terbakar...


date Tuesday, April 10, 2012

2 comments to “Silaj Makanan Penambah Rasa (Foder)”

  1. Wan Ahmad Izudean
    April 10, 2012 at 10:59 AM

    terbaik :)

  1. muezz@blaz
    April 12, 2012 at 10:40 PM

    hehe