بسم الله الرحمن الرحيم

Aduhaiii dah buruk da,,,,hehe takpe...menandakan sentimental

Akhirnya dapat jugak jenguk rusa kat UPM,,,hoho pertama kali belajar pasal rusa... owhhh camni rupanya haiwan yang bernama Rusa...hehe jom sama-sama study dengan saya, minggu depan nak test...

Rusa ni asalnya liar dan agak sukar dijinakkan... jika nak dibandingkan dengan haiwan ternakan lain seperti lembu dan kambing. Populasi rusa ni cepat betul meningkat.... Di Malaysia, orang Perak yang mulakan perusahaan ternakan rusa ni,,, dulu 300 ekor dan sekarang populasi dah sampai berpuluh ribu da...hhuhu

Kalau tengok perbezaan daging rusa dengan yang haiwan lain... dari sudut Protein dan Lemak, sangat baik... Yang kedua arnab... perasan kan daging camni la yang sihat tapi permintaan tak tinggi... so apa kata sesape yang nak menceburi bidang ternakan ni, kena fikir camne nak tingkatkan permintaan ni...huhu

So, hari ni kitaorang kena main ngan rusa jap, kena kasi ubat kutu dan ubat segala macam, tagging, timbang berat.... huhu apa yang susahnya dalam bidang rusa ni sebab dia sangat agresif! Orang yang bekerja dengan rusa tak boleh ada hati yang lembut, kesian.....hoho aku pun tak mampu nak buat ganas-ganas kat dia,,,,hahaha lagi-lagi time untuk kasi dia ubat, kita kena pegang.... time ni la bila kita lembut-lembut dengan dia, si rusa plak akan berkasar dengan kita!!! hahaha terus hilang belas kasihan, lagi parah kalau dia swing tendangan kritikal dia! Ambek kau! haha

Bilik Gelap penuh tanda tanya

Inilah bilik gelap. Sistem rusa memerlukan bilik gelap ni... Kenapa? supaya memudahkan kita mengendalikan rusa. Dia sensitif kepada cahaya, bila di tempat gelap dan tetiba korang buka pintu secara tiba-tiba, jaga-jaga diri anda kerana mereka akan meluru keluar terus mengejar cahaya, hahahaha silap-silap nanti korang habes kena tendang dan lenyek dek rusa tu,,,huhu dalam bilik gelap ni kitaorang kena pegang rusa dengan sepenuh tenaga, bagi ubat, suntik ubat dan tagging....hoho tenaga habis begitu saja,,, bayang 2 ekor dah macam apa dah dia punya penat, ni belum lagi nanti dah bekerja,,,,huhu

Merekod data

Timbang berat rusa

Lepastu lepaskan rusa dalam terowong hijau atau nama sebenarnya Pasung...hoho dia ada beberapa bahagian, diagihkan berdasarkan pintu...ermmm dalam ni lah rusa tu berjalan untuk mendapatkan berat badan dia... ok aku citer korang tak dapat bayang dan paham, nanti tengok video kat bawah camne rupa pasung tu...huhu lepas keluar dari pasung dia akan pergi ke ladang rusa yang serba luas tu....huhu

Antara sifat-sifat rusa yang korang perlu tahu :
  • Dia mudah stress, so kita seboleh mungkin meminima kan stress itu sebab rusa kalau dah stress sangat boleh bawak kematian, nanti dia lari pastu dia duduk dan tetiba terus mati. (camtu gaya dia mati kalau stress,*kata orang yang berpengalaman*)
  • Dia mempunyai kuasa lompatan yang tinggi,,, memang hebat!!!
  • Hidup secara berkumpulan, diketuai oleh Jantan yang hebat. Nak tahu ketua kumpulan yang mana, tengok kat tanduk Rusa Jantan akan ada daun,rumput dan seumpanya kat situ,,, camtu cara dia menandakan dia sebagai ketua kumpulan... unik kan?hehe
  • Rusa yang ada kat Malaysia semua jenis liar, nak jinak agak sukar...
  • Walaupun kecik, tapi tendangan beliau serta kebijaksaan beliau dari segala aspek telah menyatakan dia begitu licik...

Rusa dalam kandang lebih jinak berbanding biar di ladang

Kandang Rusa

Kandang Rusa

Nampak kuda tu? huhu ntah bila plak aku boleh main ngan kuda plak...huhu

Menunggu giliran untuk masuk ke bilik gelap nak bermain dengan rusa

Ni video dari kami,,, apa yang kami buat dengan rusa tu,,,hehe



Dan ini video dari majalah 3... dah lama dah,


Nampaknya masih tak tahu lagi nak bukak ladang apa nanti... Lembu-Kambing-Rusa-Ayam? hahaha ada lagi yang belum belajar Arnab-Puyuh-Burung Walit-Burung Unta-Kuda.... hahaha berangan lebih

date Tuesday, May 1, 2012