بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum kepada para pembaca. Terasa terpanggil plak nak tulis pasal sains ternakan kat UPM ni,,,,hehe OK korang semua, kursus ini tak sesusah Perubatan Veterinar tapi quite difficult. Nak diingatkan apa pun kursus yang kita ambil, semua bukan mudah.... Sedangkan belajar bahasa Malaysia, bahasa lidah kita pun susah taw... tak caye tanya budak bahasa...huhu 



Peringatan : Sains Ternakan dan Veterinar adalah berbeza. Sains Ternakan belajar lebih kepada pengurusan dari anak lahir sampai dia melahrikan anak. So, haiwan ini bergantung kepada kita dengan izin Allah, jika sakit baru cari Veterinar untuk ubat. Veterinar belajar untuk merawat dan mengubati haiwan.

Kursus sains ternakan ni sangat enjoy dan tak bosan... ok sekarang cuba imagine apa yang aku nak sampaikan... kita belajar pasal alam dan juga makanan yang kita suka makan tu,,,, ayam dan daging. Korang tak ada perasaan 'curious' ke tentang makanan kita ni macamne boleh terjadi? hehe.... Kita juga akan pergi ke ladang... best~~~ sebab kursus pertanian (ternakan,akuakultur,hortikultur) akan belajar selain kat bilik kuliah dan makmal.



OK, kalau fikir pasal panas ke kat ladang tu...hmmm soalan ngengade tuh... huhuhu ye kat ladang tu memang panas... so korang tahu la camne para petani dan penternak buat kerja camne... menghasilkan makanan untuk kita semua dengan izin Allah...haaa so kat situ korang belajar lah erti syukur...hehehehe lepas ni jangan lah kita membazir makanan ye... kawan syaitan direjam tu... 



Antara pantang larang ketika berada di ladang adalah..... tolong pakai kasut ye... jangan sesekali pakai selipar. Kalau dapat tangkap, ambek kau kena nanti,,,haha ni serius taw... Lagi, jangan pakai payung sebab korang rasa panas...orang lain pun panas jugak~ benda ini akan ditegur oleh staff yang akan membimbing korang... kalau boleh kuku tu sentiasa pendek kalau taknak kena jangkitan kuman... setakat ini tak pernah dengar cerita apa-apa lagi pasal pelajar sains ternakan yang sakit sebab ni, sebab kita akan kena injection masa orientasi nanti. Apa-apapun penyakit tu datangnya dari Allah, sembuhnya dari Allah... kalau taknak jaga kebersihan, no wonder kena penyakit... 

Kursus Sains Ternakan ini tak semestinya belajar haiwan ternakan/liar semata-mata tapi belajar subjek lain jugak sebagai contoh Akaun, Teknologi dan sebagainya... UPM ingin melahirkan graduasi yang serba boleh...huhu so siapa yang tak berapa nak minat sangat, korang still belajar benda lain disamping berusaha menanam minat kepada kursus ni...huhu insyaAllah korang boleh!!!



Akhir sekali, harap-harap sape yang dapat kursus ini,,, boleh teruskan sampai graduat! Kalau yang langsung tak suka, maybe korang boleh buat sembahyang istikharah... tapi rasanya korang cuma ada pilihan nak terima atau tak je kan? ermmmm so kena terima je la kowt... insyaAllah apa yang Allah dah bagi, tulah yang terbaik ^^ Belajar kerana Allah~

Oh ye, sebelum terlupa... ada lagi nak citer tapi rasa macam dah banyak sangat citer pasal benda ni,,,huhu so ini link sebelumnya... Info Sains Ternakan.... soriiiii kalau ada terkasar bahasa... aku rasa macam strict sangat aku tulis ni,,,huhu shimase shimase(japanese) conclusionnya.... Sangat best dan enjoy kursus sains ternakan kat UPM ni...

date Thursday, July 19, 2012