بسم الله الرحمن الرحيم



Kali ni nak kongsi cerita yang berlaku dalam kalangan pelajar Sains Ternakan yang ambil subjek Keusahawanan Pertanian dimana subjek ni kita perlu menternak ayam. So, yang terpilih adalah Ayam Kampung Kacukan... 


Dugaan
Reban mengalami musibah. Dah lebih sebulan musim hujan tak henti-henti... Hujan pun tak boleh expect bila... Tiba la hari Raya Haji... Berlaku lah bencana alam... Kesian tengok reban 3 dan 4 yang kena bah. Alhamdulillah reban aku (reban 2) tak mengalami nasib yang sama... Banyak juga yang terkorban... hampir 50 ekor tak silap aku yang menjadi mangsa banjir. Of kos la mengalami kerugian...



*Jangan pernah salahkan Hujan kerana turunnya hujan atas kehendak Allah. Jika kita marah dan mengeluh, bemakna kita marah pada Allah.


Cabaran
Cuti Deepavali plak, pagi tu aku tidur nyenyak sebab hujan... huhu tetiba dapat panggilan daripada Ketua Reban 4, suruh datang cepat ke reban mereka dengan segera dan bawak kamera kerana ada emergency!!! Adehhh kacau betul tidur... hehehe Ok bila sampai sangat terkejut sebab ramai orang berkumpul kat reban 4. Serius curious membuak!!! Terkejut tengok ular sawa batik besar giler sedang berehat kat situ... Dianggarkan 20 ekor yang berjaya si ular itu tawan.

Ular sawa sedang berehat kekenyangan

Bergambar dengan Unit Keselamatan UPM

Disyaki disini tempat si ular itu menyelinap, ada kesan kemek kerana ular itu memaksa badanya untuk masuk

Bila kongsi kan cerita ular ni kat group Exotic Hunter, ramai gak cakap rugi... Sebab kawan-kawan aku ni pemburu Ular... Siap ada lesen lagi... hehe tapi nak buat camne... kalau panggil korang, lambat lah settle... huhu lebih baik call unit keselamatan UPM, direct terus sampai sebab dekat.
Sebelum ni pernah gak berlaku satu kes yang misteri sampai sekarang tak tahu apa punca 80 ekor ayam mati di reban 2 batch sebelum aku... Kematian Tragis Reban 2 UPM. Jadi, apa yang nak disampaikan disini... ambilah pengajaran dari apa yang berlaku kat kami ni... huhu Sememangnya Dugaan dan Cabaran tak dapat nak dielakkan... Itu adalah adat dalam perusahaan ternakan. Pasal Pengurusan tu,,, hmmm malas lah nak cerita... huhu


Kekangan/Masalah
"Ayam ni fikir dia punya stress je, aku punya stress taknak fikir plak!" haha inilah kata-kata yang aku keluarkan tatkala aku tak dapat tahan stress aku kat ayam-ayam ni... Istighfar sikit Muezz.... huhu




Kalau sekarang musim hujan, moto tak lari dari kotor lecak sebab tanah merah... biasalah nak pergi reban mestilah melalui jalan yang sangat lawa... hehe Tayar moto plak cepat haus sebab permukaan jalan sangat awesome (penuh ngan batu kerikil) kekadang boleh buat kita jatuh tergelincir...
Bagi kawan-kawan yang jalan kaki, jauh dari kolej sebab reban ayam jauh nun di dalam ladang 10.

Demi ayam... Special!

Dah nama Ayam Kampung, makanan pun nak banyak, tak kisah apa jenis makanan... hahaha tatkala makanan dedak tak mencukupi kerana kelahapan ayam-ayam tu, terpaksa mencari makanan sampingan iaitu sisa makanan. Terpaksa set kat minda bahawa tak geli dan kotor ketika selongkar tong-tong sampah dan buat muka kesian untuk mendapatkan sisa makanan free demi ayam tersayang.... hehehe

Bila makanan yang diberi kepada Ayam tak cukup, mula lah berlaku kes Kanibal... cisss ayam ni ada je hal... huhu Ayam kalau lapar memang akan makan kawan-kawan dia... itulah senario Ayam Kampung! Mula-mula patuk sikit-sikit kat bontot kawan sampai darah, pastu kalau lapar sangat dia akan dikeroyok oleh ayam-ayam yang lapar dan makan kawan dia... Boleh tak bayangkan betapa ngerinya Ayam Kampung ni?!




Serba serbi perkongsian saya kepada anda-anda semua.... hehe kepada Junior jadikan cerita ini sebagai panduan, lepas ni takmo berlaku camni eh sebab korang dah tahu kan.... ;-)


date Wednesday, November 14, 2012