بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini aku nak memperkenalkan permainan yang begitu popular di luar negara tapi bukan di Malaysia iaitu Farmville 2!!! ahaha sebenarnya Famrville 2 ini adalah versi kedua Farmville yang telah di upgrade sehingga ia menjadi permainan online yang awesome! Kenapa aku cakap popular luar negara tapi bukan di Malaysia? Sebab rakyat Malaysia ni bila dengar perkataan GAME sahaja, 'directly' menganggap ianya adalah sia-sia dan tidak berfaedah! Masak aku dengan perangai orang yang macam ni... haha

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan di sini, Farmville 2 ini mengajar kita mengenali serba sedikit info tentang pertanian secara ringkas dan seronok! Lepas main game ni, baru tahu.. 
"Ohh, macamni rupanya daun pokok jagung"
"Ohh macamni rupanya benih pokok kacang"
"Ohh macamni rupanya nak tanam pokok tomato"
"Ohh selain padi, ada jugak pokok lain yang sama konsep penanamannya"
"Ohh lembu rupanya menghasilkan keju"

Contoh-contoh macamni la lebih kurang... Bagi yang zero tentang pertanian, kalau nak dapat info basic boleh lah main Farmville 2 ni...

Anyway, ini adalah ladang aku... hehe sebenarnya masih tak tersusun dengan kemas sebab ruang takde, tunggu sampai level tertentu, baru boleh luaskan tanah... Aku sekarang Level 33


Kalau korang perasan, bawah tu kotak jiran kita... Jiran aku ramai luar negara... Nak mengharapkan orang Malaysia memang sikit sangat. haha gurau je! Kita kena ramai kawan-kawan seLadang ini untuk bersaing siapa paling kaya, siapa paling hebat mengawal ladang... So, nak capai kehebatan tu mestilah ada cabarannya... Antaranya, dalam sesuatu bidang menukang, bukanlah bidang kita kerana kita ni kononnya hanya pandai bercucuk tanam, so kita mestilah minta tolong jiran ladang kita untuk buatkan reban, dapur dan sebagainya...



Selain itu, jiran ladang juga banyak faedah untuk kita. Kekadang kita banyak pokok nak kena tanam tapi bekalan air tak cukup, so boleh mintak jiran tolong. Lagi, makanan habis, boleh juga mereka tolong bagikan... Gambar pertama tu, ramai datang ke ladang aku untuk tunggu arahan dari aku pokok mana yang perlu disiram, dan gambar kedua plak, jiran kita yang 'decide' sendiri nak buat apa kat ladang orang lain. Kalau anda baik hati, tolong tengok jika haiwan kita lapar, bagikan makanan... Kalau pokok kita belum siram air, tolong siramkan... Ada je jiran datang tapi buat benda ntah pape... Tak membantu langsung!! ahaha kalau nak tahu kalau kita datang ke ladang orang lain, kita pun dah dapat ganjaran... win-win situation



Gambar pertama tu aku nak tunjuk pokok kacang... Masa menunjukkan 1:46:49 bahawa kita boleh tuai dalam masa 1 jam 46 minit lagi... so sementara nak tunggu tu buatlah assignment ke, facebook ke... haha so sebenarnya benda ni sampingan je... takde menggangu hidup korang pun... haha Dan ada butang baja dan semburan magik...haha

Gambar kedua, kerbau hitam tu tengah berenang-renang.. kalau kita beri makanan, dia akan menghasilkan produk. Contoh, ayam beri kita telur, kambing beri kita susu, arnab beri kita bulu dan lain-lain lagi. Lepastu produk yang kita dapat tu boleh lah kita proses... So tambah lagi la pengetahuan korang tentang pertanian... Contoh simple, nak buat Pai Labu. Mesti kena buat Pasta Labu dulu, pastu kena buat pai tu dari tepung dan butter... haa lebih kurang camtu la... huhu


Lepas proses bahan, boleh la jual... Makin banyak prosesnya, makin mahal la kita jual... Nak jual bahan mentah pun boleh... So, selain menyelesaikan misi, jual barang atau haiwan adalah salah satu punca pendapatan kita!







Lain yang menarik dalam Farmville 2 ni, ada event yang tertentu yang perlu kita selesaikan dan selalunya ganjarannya lumayan dan terhad serta rare! Contoh gambar pertama, event naik sekolah bermula, so kalau kita selesaikan dapatlah ganjarannya.

Yang gambar kedua, aku tak puas hati sebab event tu aku tak main lagi jadi terlepas untuk dapatkan Rusa Oxaca yang comel tu >.<

Gambar ketiga menunjukkan jiran kita berbesar hati nak bagi Bebiri Manx Loaghtan, tapi dengan syarat kita kena bagi apa yang dia nak, sebagai contoh dia nak kita buatkan dia benang daripada bulu arnab, so kita cari lah...

Gambar keempat plak, kita kena cari telur eksoktik dalam reban ayam tu sampai dapat kesemua 5 biji dan ganjarannya dapatlah Ayam Campuran Silver Gilap!!!

Seterusnya, skrin contoh kalau kita dah berjaya dapatkan apa yang diminta dan ganjarannya seekor Babi Belang.. Tahu tak banyak-banyak misi, inilah haiwan paling susah aku nak dapat!! Oh bukan, bukan aku sorang tapi seluruh dunia tensyen main untuk misi ni, haha lama nak dapat!!!

Gambar terakhir, setelah berjaya memenuhi apa yang dikehendaki, dapatlah seekor anak Merak!!!



Anyway, korang boleh pilih avatar korang rupa camne... So, setiap orang beza la...

Kan aku cakap, kita boleh bertanding siapa paling hebat kan? So ini lah gambarnya... Kalau korang menang, dapat lah duit berpuluh ribu... senang kan nak dapat duit banyak... Tapi kena pandai la, fikir jugak game ni atur strategi! Nak masuk pertandingan ni pun kena ada kos pengeluaran nya... haha duit benih lagi... hehe




Time ni menang boleh la sebab tak ramai kawan luar negara... ekekeke

So, rasanya itu je lah yang aku nak cerita... haha banyak lagi sebenarnya tapi korang main lah dulu yee.. Kalau semua diberitahu tak best lah... Anyway, kalau ada apa-apa nak tanya pasal game ni, boleh komen di bawah... Nak tips ke? hehehe Anyway, saya dah berjaya mengajak rakan-rakan pertanian main game ni... haha ada la dalam 5, 6 orang... hehe takpe masih kena ajak reramai lagi... huhu


date Thursday, September 5, 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam bidang ternakan, bukan sahaja sektor haiwan ternakan yang perlu dipelajari malah sektor tanaman juga perlu diambil kira sebab ia juga terlibat dalam bidang ternakan, sebagai contoh tanaman untuk makanan haiwan ternakan.




Ok ni saja nak kongsi subjek Pemakanan Haiwan Asas. 1st praktikal, kitaorang kena pergi ladang untuk kumpul rumput... untuk apa? Untuk menganalisis kandungan protein, fiber dan sebagainya dalam rumput tu... Cara dia macamni secara ringkas...





Haaa camtu... huhu kalau boleh nak ambik sample rumput tu mestilah secara rawak, sebab tu kita kena baling sejauh mungkin petak kuadrat(benda petak tu)... bukan kat satu kawasan situ je... lepas ambik sample ni, mula lah kita pergi ke makmal untuk buat analisis..

Untuk eksperimen analisis kandungan dalam rumput ni sangat menguji fizikal dan mental! Eksperimen paling sukar sebenarnya,,, huhu dan juga eksperimen ni suka ambil masa rehat kitaorang, juga masa kuliah subjek lain sikit... Eksperimen ni tak siap dalam 1 hari, 2 hari, 3 hari je... tapi berminggu-minggu sebab antaranya kena letak dalam oven untuk jadi abu, ada yang kena keringkan supaya kandungan air takde langsung dalam rumput tu dan bermacam lagi.

Selain subjek ni, Sistem Pengeluaran Tanaman juga kitaorang kena belajar... Belajar macamana kita nak tanam pokok dan spesis-spesisnya secara asas. Subjek ni sangat santai sebab setiap kali ada field trip, memang best. Ini baru betul sebab bukan hanya teori di dalam kelas, tapi kita kena tengok juga apa yang teori tu katakan depan mata kita sendiri.











Haaa ni lah antara apa yang kami belajar pada sem 3.



date Thursday, July 11, 2013

بسم الله الرحمن الرحيم



Terkejut dapat status camni.... adehhh huhuhu terima kasih kerana kepercayaan anda kepada kami... InsyaAllah kami akan sambung kerja tu... lepas ni gak kena organize jamuan family day Animal Science yang kedua... huhu semoga Allah permudahkan urusan kami...

Best memang best, tapi perlukan ramai ahli untuk bergerak bersama... Lepas ni gak ada ura-ura nak jalankan kelab kuda animal science plak...

"Kita ni pelajar Animal Science, baru best kalau buat akitiviti-aktiviti camni, baru sesuai" katanya... hehe

*Terima kasih senior, fight kan hak kami semua... hehehe*

date Thursday, January 10, 2013