بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam bidang ternakan, bukan sahaja sektor haiwan ternakan yang perlu dipelajari malah sektor tanaman juga perlu diambil kira sebab ia juga terlibat dalam bidang ternakan, sebagai contoh tanaman untuk makanan haiwan ternakan.




Ok ni saja nak kongsi subjek Pemakanan Haiwan Asas. 1st praktikal, kitaorang kena pergi ladang untuk kumpul rumput... untuk apa? Untuk menganalisis kandungan protein, fiber dan sebagainya dalam rumput tu... Cara dia macamni secara ringkas...





Haaa camtu... huhu kalau boleh nak ambik sample rumput tu mestilah secara rawak, sebab tu kita kena baling sejauh mungkin petak kuadrat(benda petak tu)... bukan kat satu kawasan situ je... lepas ambik sample ni, mula lah kita pergi ke makmal untuk buat analisis..

Untuk eksperimen analisis kandungan dalam rumput ni sangat menguji fizikal dan mental! Eksperimen paling sukar sebenarnya,,, huhu dan juga eksperimen ni suka ambil masa rehat kitaorang, juga masa kuliah subjek lain sikit... Eksperimen ni tak siap dalam 1 hari, 2 hari, 3 hari je... tapi berminggu-minggu sebab antaranya kena letak dalam oven untuk jadi abu, ada yang kena keringkan supaya kandungan air takde langsung dalam rumput tu dan bermacam lagi.

Selain subjek ni, Sistem Pengeluaran Tanaman juga kitaorang kena belajar... Belajar macamana kita nak tanam pokok dan spesis-spesisnya secara asas. Subjek ni sangat santai sebab setiap kali ada field trip, memang best. Ini baru betul sebab bukan hanya teori di dalam kelas, tapi kita kena tengok juga apa yang teori tu katakan depan mata kita sendiri.











Haaa ni lah antara apa yang kami belajar pada sem 3.



date Thursday, July 11, 2013