بسم الله الرحمن الرحيم

Syarikat Charoen Pokphand (CP) asalnya dari Thailand dan mula menapak di Malaysia sejak 1974. Perniagaan yang dia taruhkan adalah industri poltri. Sekarang, hampir mendahului syarikat-syarikat poltri lain. CP Malaysia terbahagi kepada dua perniaagan iaitu Agro Industry & Foods Business Group dan Aquaculture Business Group. Jadi, syarikat ini bukanlah hanya terlibat dalam industri ternakan malah dalam bidang akuakultur. 



Nak dijadikan cerita, CP telah menubuhkan satu progam dimana ia melantik pelajar-pelajar di universiti untuk menjadi duta syarikat supaya sama-sama membantu mereka menjayakan misi syarikat mereka. Alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi salah satu duta mereka diikuti Shafeezah dan Mimi(AnSci6). Kami adalah duta yang pertama dilantik mewakili UPM dan Malaysia. Tugas kami bukanlah susah, hanya untuk memperkenalkan produk CP ini kepada pelajar, pensyarah dan orang awam. Juga turut terlibat apabila ada progam 'Career Talk'.

Shafeezah dan Mimi telah dipilih mewakili Malaysia pergi ke Bangkok, Thailand untuk menghadiri progam bersama-sama duta CP seluruh dunia. Memang syok tengok diaorang dapat join.. tapi biasa la pergi negara orang, budaya tidak sama lagi-lagi budaya tanpa batasan dalam sosial... haha Jom tengok satu progam yang kami uruskan...

Sesi pendaftaran

Prof Loh selaku ketua jabatan memberi sedikit ucapan

Mr Pau sempoi beri talk

Sedikit aktiviti ice breaking

Antara produk CP yang dipamerkan dan dihidangkan

Haaa ambik semua berebut nak makan makanan yang sedap nih!

Para hadirin yang terlibat

'CP Career Talk' antara aktiviti yang wajib setiap tahun. Pada asalnya, kami menjemput semua kursus dalam Fakulti Pertanian tapi agak mengecewakan hanya budak AnSci (Animal Science) je yang datang. Aku kalau boleh nak ada wakil setiap kursus jadi duta CP ni, bukan kursus kitaorang je... hmmm nasiblah ramai jugak yang datang wakil dari AnSci 6 dan 7. Alhamdulillah semuanya meriah ^.^

Mesti korang tertanya-tanya apa kelebihan bila jadi duta CP ni kan? Ok sejujurnya organisasi duta ini baru sahaja ditubuhkan dan kami adalah yang pertama di Malaysia. Kami hanya dapat makan yang mewah-mewah bila ada meeting je... haha tapi insyaAllah untuk generasi seterusnya mereka akan sediakan elaun dan cenderamata. Tapi itu semua bergantung kepada 'performance' kitaorang adakah layak untuk meneruskan organisasi ini di UPM atau tidak. Tetapi, peluang pekerjaan dan latihan industri akan diberi keutamaan kepada ambassador ini :-) insyaAllah...

Lunch pizza hut selepas meeting pertama

Antara meeting terbesar sebab jumpa bos bahagian Sumber manusia

Dan banyak lagi sebenarnya untuk dikongsi tapi gambar dah terkubur bersama memori kad yang rosak T.T

Oh ye, siapa yang tidak tahu kewujudan produk CP ni boleh pi laman web ni... korang pernah nampak je cuma tak perasan... Testimoni dari saya dan keluarga saya : Serius sedap!!! Bukan nak bodek ke apa tapi memang sedap. Aku suka Itik Salai dan Spagethi... Tak percaya boleh cuba

http://www.cpbrand.com.my/Product


date Sunday, January 25, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum kekawan... Lama sudah tidak bercerita kat blog ni. Sebenarnya banyak je nak cerita kehidupan menjadi pelajar Sains Ternak ni, tapi banyak tangguh. Bila dah tangguh, ada masa sekalipun akan jadi malas sebab idea dah kurang, memori pun dah pudar... haha

Kali ni nak cerita pasal Lawatan Ilmiah ke Bandung, Indonesia untuk subjek Perancangan dan Penilaian Sumber. Subjek ini elektif untuk pelajar tahun ketiga. Subjek ni bagus untuk membuka minda tentang industri ternakan. Takde la asyik belajar sains haiwan tapi pasal industri dan perniagaan kita noob. Sedikit sebanyak boleh membantu kita lepas grad nanti untuk buka ladang sendiri dengan menilai sekeliling kita, adakah sumber cukup, kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman. Proses seterusnya barulah rancang nak buka perniagaan. Begitulah intipati dalam kursus ini. Boleh tahan susah sebab otak kita ni bukan otak bisnes, so memang agak lambat lah nak terima apa yang prof ajar... hahaha

Antara betul-betul yang dipraktikkan dalam subjek ni adalah perancangan, perancangan untuk lawatan ke Bandung. Kami dikehendaki buat organisasi dan bahagi tugas. Nak buat lawatan ke luar negara ni bukan mudah oiii kalau reramai. So, sebulat suara kami melantik Razi sebagai pengarah kami. 


Nak buat lawatan ni bukan senang. Kesian kekadang tengok Razi ni... haha lagipun aku yang cadang nama dia... kahkahkah so Razi bertuah sebenarnya sebab dapat pengalaman menjadi pengarah progam, baru tahu camna situasinya suka dukanya... hehe Mulanya kenalah cari info universiti yang ada kaitan penternakan kat Bandung. Prof cadang Universiti Padjadjaran. Maka, tugas ini akan dibantu oleh AJK terlibat. Telefon guna pejabat jabatan punya, so takde lah keluar duit sendiri. Apa yang kita perlu untuk telefon panggilan rasmi ni haruslah :

- Ucapan
- Memperkenalkan diri siapa dan dari mana
- Tujuan (Lawatan ke sana, nyatakan tarikh dan sebagainya)
- Info tambahan (Penginapan dan pengangkutan disediakan atau tidak)

* Seeloknya rangka apa yang nak dicakapkan sebelum membuat panggilan, nanti korang gelabah haha

Suasana di dalam KLIA sebelum berlepas

Dalam kapal terbang
Sebelum kami pergi, peristiwa MH370 telah pun berlaku. Memang mengharapkan doa dari keluarga dan kawan-kawan supaya perjalanan pergi balik kami balik dan diredhai. Kami berada di atas selama 2 jam. Mendarat ambik masa lebih kurang 15 minit kerana cuaca ketika itu agak tidak mengizinkan. Kapal terbang pusing je kat atas tu... huhu






Hotel Kanira adalah tempat penginapan kami. Suasananya memang nyaman dan selesa. Surau pun besar. Satu bilik ada 2 katil dan 4 tilam. Sangat sesuai untuk kami pelajar... hehe Lepas sampai bilik, bukannya nak tidur, tapi semua berjalan-jalan berhampiran situ... haha yang lainnya kat situ, cara dia buat murtabak berbeza. Kedai pun tutup awal seawal 9 malam. Hanya gerai-gerai kecil yang bukak... Sarapan pun ok, masih ada rasa walaupun kadang tak kena dengan tekak orang Malaysia... biasalah pergi negara orang...


Prof menurunkan tandatangan sebagai bukti kehadiran

Dalam dewan Fakultas Peternakan

Prof menyampaikan sedikit ucapan dan rancangan kolaborasi Malaysia-Indonesia

Bersama Pengetua Fakultas

Persembahan dari pelajar Fakultas Peternakan

Cewek cewek Indonesia

Persembahan dari pihak kami plak haha

Dikir Barat Ansci6

Dua sejoli haha

Makanan pembuka selera

Makanan tengahari kami

Kami bertolak seawal 7 pagi dari hotel untuk mengelak kesesakan jalan raya. Sangat memuaskan mereka menyambut kedatangan kami ke Fakultas Peternakan. Seperti biasa, majlis menyambut tetamu dengan nyanyian negara Indonesia dan doa serta ucapan. Tidak lupa juga persembahan dari mereka dan kami... haha lawak weyh... malas lah nak cerita lelebih.. hehe 


Sungguh teruja untuk aku kongsikan cerita suasana di Fakultas Peternakan. Di Indonesia, sektor ternakan adalah antara yang utama selain sektor pertanian. Ternakan bukan lah dibawah pertanian, mereka bergerak sendiri, berbeza di Malaysia (ternakan dibawah sektor pertanian). Mereka juga mempunyai kelab yang stabil dan kukuh. Malah, setiap unit ada kelab tersendiri seperti Kelab Tenusu, Kelab Unggas, Kelab Pedaging dan sebagainya. Di UPM, kelab AnSci (Kelas Sains Haiwan) baru ditubuhkan pada 2012, jadi untuk menuju ke arah itu agak memakan masa. Kami diberitahu bahawa mereka mengambil masa hampir 10 tahun untuk kukuhkan kelab mereka. Mereka beri semangat bahawa kelab AnSci juga boleh... hehe 


Perjalanan ke ladang dalam Universiti Padjadjaran

Agak berliku tetapi suasana sekeliling amat nyaman

Test skill kat lembu sana

Pembahagi najis keras dan najis cecair

Bahagian kompos

Pasung untuk lembu sampai dan keluar

Rekabentuk longkang di tengah

Momo ni antara yang banyak membantu lawatan kami 

Anjing sebagai guard ladang


Apa yang berbezanya di sini, hampir 100% pengurusan di ladang diuruskan oleh pelajar sendiri seawal tahun pertama. 'Total mixed ration' juga dicipta sendiri oleh pelajar. Malah, penjualan hasil juga diuruskan oleh pelajar. Jadi, praktikal lebih banyak berbanding teori. Untuk di Malaysia, sebenarnya boleh je nak buat. Persoalannya, adakah pihak atasan membenarkan dan adakah pelajar mampu untuk lakukannya? Baru kena bela ayam dan macam-macam hal, nak perah susu pun taknak sebab pepagi (untuk orang yang tertentu sahaja)... Selain itu, ladang mereka juga mengamalkan sistem sisa ternakan. Segala buangan tinja dan sisa air akan digunakan untuk gas dan kompos.

Walaupun fakulti ternakan dan fakulti pertanian berbeza di universiti ini, tetapi mereka saling berinteraksi dan memerlukan. Sebagai contoh, ternakan perlukan rumput atau tanaman lain sebagai makanan ternakan, dan fakulti pertanian perlukan kompos untuk tanaman mereka.


Pembentangan kertas kerja tentang syarikat susu mereka

Mereka beri kami percuma merasa produk yogurt mereka 

Pengarah progam menyampaikan cenderamata kepada tuan kompani

Lori susu yang 'disinfect' sebelum dan selepas perjalanan

Sempat snap gambar dari luar mereka membungkus susu untuk proses seterusnya atau dijual terus

Syarikat ini juga mempunyai logistik tersendiri

Koperasi Peternak Sapi Bandung Utama (KPSBU) adalah satu organisasi yang terdiri daripada peternak lembu dan veterinar bertujuan menyatukan sumber susu dan turut membantu para peternak dari mula hingga akhir proses. Apa yang kita faham dengan perkataan 'koperasi' itu? Yang ini sebenarnya menarik minat kami kerana mereka ada satu organisasi yang akan membantu dan bersama-sama menjayakan industri tenusu. Tapi jangan ingat kat Malaysia takde ye. Kita pun ada seperti Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Sdn Bhd (KPLTNJ). Cuma kita kurang didedahkan dengan industri luar, maka kena la usaha sendiri untuk belajar industri ternakan di Malaysia.

Bahagian tanaman untuk dijadikan makanan lembu tenusu

Tempat simpan makan dan juga pembuatan silaj

Kandang lembu tenusu

Rekod lembu

Sistem sisa (mixer)

Hasil gas dari sisa tinja lembu boleh digunakan sebagai gas memasak

Pakcik ini kelakar, dapat panggilan dari orang Malaysia terus bagi aku tolong jawabkan haha adehh


Destinasi seterusnya ke ladang model lembu tenusu. Nak pergi ke ladang sebenar tidak dibenarkan atas sebab tertentu... Sebenarnya tempat ini adalah untuk menunjukkan model kandang lembu tenusu yang mereka reka untuk para peternak di bawah naungan mereka. Mereka juga berkata "Model yang kamu lihat di sini, sama seperti apa yang kami buat di ladang sebenar."


Keesokan hari, tiba lah masa untuk kami pergi ke tempat yang menarik yang ada di Bandung. Tidak dinafikan perancangan untuk pergi tempat menarik lebih banyak tapi hanya dapat merealisasikan hanya empat tempat sahaja iaitu Pasar Baru, Tangkuban Parahu, Kartika Sari dan Cihampelas Walk.

Sebenarnya baju ini semua lawa2 weyh grrr

Ramai jugak borong seluar jeans sini

Kedai kasut adalah paling lama kumpulan aku takluki

Jam tangan semua nampak cool tapi pandang sebelah mata je

Masing-masing beli kasut

Jalan ke Tangkuban Parahu

Tangkuban Parahu

Kalau tak kedekut boleh la beli topi comel ni

Suasana di Tangkuban Parahu

Video semua menyanyi selepas puas ke Tangkuban Parahu


Meriah jugak suasana kedai Kartika Sari

Menunjukkan bagus produk Kartika Sari ni haha


Well Tajul

Banyak jugak kedai jahitan

Banyak pilihan baju yang diletakkan logo


Pemuzik jalanan menghiburkan hati kami ketika kami menikmati bakso

Jual tapai

Cihampelas Walk

Not bad shopping barang kat Bandung ni, yang aku nampak signifikasi harga adalah kasut. Barang lain macam baju, seluar, jam dan lain-lain lebih kurang je kat Malaysia. Tempat pertama yang kami pergi adalah Pasar Baru. Tempat ni boleh dikatakan syurga shopping sebab semua barang ada dijual. Kami dipecahkan beberapa kumpulan dan akan diketuai 'supir', yang akan membawa kami dan menjaga kami supaya tidak tertipu oleh peniaga-peniaga yang ada di situ. Kau cakap je nak beli apa, nanti dia akan bawak kek tempat yang murah. Supir yang guide kitaorang adalah budak lagi. Bagus jugak kau dik kecik-kecik dah pandai cari kerja... hehe Paling lama kat kedai seluar jeans sebab nak menawar harga memang mengambil masa jugak. Tapi ada yang paling lama, iaitu kedai kasut. Mulanya aku sorang kat kedai kasut tu. Berbual dengan penjual tu sebab dia asal Batu Pahat... haha pastu harga kasut boleh tahan murah. Pastu bebudak ni datang, aku terus ajak beli kasut kat sini... haha perhh boleh tahan berejam nak pilih kasut dengan menawar harga lagi...

Tangkuban Parahu ni tak lah menarik sangat tapi destinasi macam ini boleh dikirakan tempat wajib untuk dilawati apabila melancong ke Bandung. Kau hanya menikmati kesejukan dia atas, bersebelahan gunug berapi dan boleh menikmati debu gunung berapi, nak rebus telur pun boleh.

Kartika Sari adalah tempat jualan segala jenis kek dan keropok/kerepek. Banyak jugak yang takde kat Malaysia. Memang pelbagai jenis dia inovasi kan sesuatu produk tu... Duit trip kelas ni ada lebih so kitaorang beli lebih untuk makan bersama dalam kelas..

Destinasi terakhir adalah Cihampelas Walk. Ini shopping barang berkualiti dan harga pun mesti la seiring dengan kualiti. Tempat yang best kat sini tempat jual baju anime... perhh perhh. Tapi kan... masa ni aku takde duit dah.. sedih giler sampai terpaksa pinjam duit member huhu so aku beli benda yang patut, untuk 'kemahuan' aku tak dapat tunaikan :-( Kat sini, aku bertukar-tukar geng berjalan shopping... haha beli selipar dengan geng lain, beli baju dengan geng lain, beli makanan dengan geng lain... haha last sekali makan bakso pun dengan geng lain... haha


Destinasi terakhir adalah Bandara Hussein Sastranegara Bandung. Ini adalah lapangan kapal terbang... hehe Nick jadi model :-p

Ok gambar-gambar kat bawah ni saja nak kongsi

Kenderaan yang sentiasa menemani kami ke ladang adalah van

Contoh motor di Indonesia (takde bakul)

Jom pekena nasi Udon

En Iswan dan Tn Hj turut menemani kami ke trip Bandung

Senantiasa jalan sibuk dan sesak, aku juga turut stress haha

Alfa Mart ni sangat popular dan berguna untuk kitaorang ni. Fungsi sama seperti SevenE

Bawak jagung macamtu jeeee

Bawak plastik macamtu jeeee

Plaza Tol di Indonesia

Style cara orang Indonesia jual sarapan

Gerai kecik macamni memang takkan menghampakan lagi2 waktu malam

Teh Botol antara air yang wajib korang rasa apabila tiba di Indonesia

Gambar ini diambil sempena Filem Pendek K15 bertajuk Kasut

Plug di Indonesia lain ye.. so sebelum pergi kena cari penyambungnya

Bas yang kami naik dari hari pertama hinggalah ke hari terakhir

date