بسم الله الرحمن الرحيم

Syarikat Charoen Pokphand (CP) asalnya dari Thailand dan mula menapak di Malaysia sejak 1974. Perniagaan yang dia taruhkan adalah industri poltri. Sekarang, hampir mendahului syarikat-syarikat poltri lain. CP Malaysia terbahagi kepada dua perniaagan iaitu Agro Industry & Foods Business Group dan Aquaculture Business Group. Jadi, syarikat ini bukanlah hanya terlibat dalam industri ternakan malah dalam bidang akuakultur. 



Nak dijadikan cerita, CP telah menubuhkan satu progam dimana ia melantik pelajar-pelajar di universiti untuk menjadi duta syarikat supaya sama-sama membantu mereka menjayakan misi syarikat mereka. Alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi salah satu duta mereka diikuti Shafeezah dan Mimi(AnSci6). Kami adalah duta yang pertama dilantik mewakili UPM dan Malaysia. Tugas kami bukanlah susah, hanya untuk memperkenalkan produk CP ini kepada pelajar, pensyarah dan orang awam. Juga turut terlibat apabila ada progam 'Career Talk'.

Shafeezah dan Mimi telah dipilih mewakili Malaysia pergi ke Bangkok, Thailand untuk menghadiri progam bersama-sama duta CP seluruh dunia. Memang syok tengok diaorang dapat join.. tapi biasa la pergi negara orang, budaya tidak sama lagi-lagi budaya tanpa batasan dalam sosial... haha Jom tengok satu progam yang kami uruskan...

Sesi pendaftaran

Prof Loh selaku ketua jabatan memberi sedikit ucapan

Mr Pau sempoi beri talk

Sedikit aktiviti ice breaking

Antara produk CP yang dipamerkan dan dihidangkan

Haaa ambik semua berebut nak makan makanan yang sedap nih!

Para hadirin yang terlibat

'CP Career Talk' antara aktiviti yang wajib setiap tahun. Pada asalnya, kami menjemput semua kursus dalam Fakulti Pertanian tapi agak mengecewakan hanya budak AnSci (Animal Science) je yang datang. Aku kalau boleh nak ada wakil setiap kursus jadi duta CP ni, bukan kursus kitaorang je... hmmm nasiblah ramai jugak yang datang wakil dari AnSci 6 dan 7. Alhamdulillah semuanya meriah ^.^

Mesti korang tertanya-tanya apa kelebihan bila jadi duta CP ni kan? Ok sejujurnya organisasi duta ini baru sahaja ditubuhkan dan kami adalah yang pertama di Malaysia. Kami hanya dapat makan yang mewah-mewah bila ada meeting je... haha tapi insyaAllah untuk generasi seterusnya mereka akan sediakan elaun dan cenderamata. Tapi itu semua bergantung kepada 'performance' kitaorang adakah layak untuk meneruskan organisasi ini di UPM atau tidak. Tetapi, peluang pekerjaan dan latihan industri akan diberi keutamaan kepada ambassador ini :-) insyaAllah...

Lunch pizza hut selepas meeting pertama

Antara meeting terbesar sebab jumpa bos bahagian Sumber manusia

Dan banyak lagi sebenarnya untuk dikongsi tapi gambar dah terkubur bersama memori kad yang rosak T.T

Oh ye, siapa yang tidak tahu kewujudan produk CP ni boleh pi laman web ni... korang pernah nampak je cuma tak perasan... Testimoni dari saya dan keluarga saya : Serius sedap!!! Bukan nak bodek ke apa tapi memang sedap. Aku suka Itik Salai dan Spagethi... Tak percaya boleh cuba

http://www.cpbrand.com.my/Product


date Sunday, January 25, 2015

0 comments to “CP Ambassador”